Haram! Suami jalani proses vasektomi, tak sanggup tengok isteri merana & anak ramai
Cetus perdebatan di media sosial apabila seorang suami mendedahkan dirinya telah jalani proses vasektomi iaitu sejenis prosedur pembedahan untuk pemandulan bagi kaum lelaki.
Menerusi perkongsian seorang pengguna yang enggan dikenali, dia akui telah melakukan proses berkenaan kerana sudah merancang untuk tidak mempunyai anak ramai.
Suami jalani proses vasektomi
Menurutnya, sebelum ini mereka melakukan langkah perancangan keluarga dengan isterinya mengambil suntikan perancang.
Namun, prosedur itu telah membuatkan isterinya ‘merana’ selama tiga bulan
“Kami memang rancang tak nak anak lebih dan aku tak sanggup tengok isteri merana.
“Aku kena potong, prosedur ambil masa 30 minit ( tanpa scalpel), sehari je dah 90 peratus sembuh.
“Kalau nak anak lagi, sperma masih ada, boleh ekstrak dan buat prosedur IUI (kaedah pemanian berhadas) atau Persenyawaan In Vitro (IVF),”kongsi individu tersebut.
Artikel lain: Michelle Yeoh dedah pernah jalani rawatan kesuburan, sedih tak mampu hamil
Perkongsian itu walau bagaimanapun telah mendapat perhatian bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang menurutnya, prosedur vasektomi adalah haram dan tidak dibenarkan dalam Islam.
Beliau turut menyertakan penjelasan penuh daripada Maktabah Al Bakri yang menyatakan ia tidak dibenarkan kerana ia dianggap sebagai satu bentuk kawalan kelahiran lelaki atau pemandulan yang kekal.
“Ini disebabkan oleh keberhasilan untuk berjaya membalikkan semula (sebelum prosedur vasektomi) adalah sangat rendah, tidak mudah dan tidak selalunya berjaya/berkesan.
“Justeru, pemandulan kekal diharamkan oleh para ulama kerana ia melibatkan pengubahan ciptaan Allah, merosakkan asas kehidupan dan melakukan pembunuhan,”petik Maktabah Al Bakri.
Sekadar ringkasnya, vasektomi adalah satu bentuk kawalan kelahiran lelaki yang memotong bekalan sperma ke dalam air mani yang mempunyai risiko yang rendah. Ia dilakukan dengan memotong dan menutup tiub yang membawa sperma.
Walaupun ada kemungkinan boleh untuk mengembalikannya semula, namun vasektomi harus dianggap sebagai satu bentuk kawalan kelahiran lelaki yang kekal.
Selain itu juga, vasektomi tidak menawarkan perlindungan daripada jangkitan kelamin.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source