Kenapa Dr Zubaidi Tak Galak Lawat Orang Sakit Di Hospital
Masuk ke hospital bukanlah sesuatu yang diingini sesiapa. Namun, jika ia berlaku, ada perkara yang lebih penting daripada sekadar kehadiran pelawat.
Dr. Zubaidi dalam perkongsiannya menyentuh tentang hak pesakit untuk berehat dan fokus kepada proses penyembuhan tanpa gangguan pelawat.
Pandangan beliau dalam memastikan kesejahteraan pesakit, sekaligus menitikberatkan aspek kesihatan dan keselamatan semua pihak.
Dr. Zubaidi mendedahkan pandangannya menerusi Facebook miliknya bahawa lebih selesa untuk tidak menerima pelawat, kecuali daripada sahabat terdekat atau saudara mara yang benar-benar rapat.
Keputusan ini dibuat bukan kerana sikap tidak menghargai, tetapi kerana ingin mengelakkan risiko “cross infection” di hospital.
Tempat ini sememangnya penuh dengan pelbagai kuman yang boleh menjangkiti sesiapa, terutamanya pesakit atau pelawat yang lebih berusia.
Selain itu, beliau menegaskan bahawa pesakit memerlukan masa untuk berehat tanpa terganggu dengan pertanyaan yang sama berulang kali tentang keadaan mereka.
Doa dari jauh pun sudah cukup baik.
Doa dari jauh sudah memadai dan jauh lebih bermakna dalam situasi seperti ini. Lebih sesuai jika kehadiran pelawat ditunda sehingga pesakit benar-benar sihat dan sudah kembali ke rumah.
Dr. Zubaidi juga mengingatkan, kadang-kadang perkara kecil seperti ini boleh membantu mempercepatkan proses pemulihan seseorang.
Tidak perlu tergesa-gesa untuk melawat, tetapi fokus kepada memberi sokongan moral yang tidak membebankan pesakit.
“Jika ditakdirkan saya masuk hospital, saya lebih suka tidak dilawati sehingga saya benar-benar sembuh atau dilawati selepas rawatan sempurna dan balik rumah.
(Semoga ia tidak berlaku)
Kecuali sahabat terdekat atau saudara mara yang rapat.
Saya tak kecil hati jika tiada orang melawat ketika saya terbaring di katil wad.
Bimbang juga cross infection dari saya kepada pelawat atau dari pelawat kepada saya.
Di hospital ini sebenarnya pelbagai jantung kuman yang boleh berlaku. Sekeliling kita semua pesakit yang boleh menjangkiti atau dijangkiti. Terutama pelawat atau pesakit warga mas.
Saya pun tak perlu saya bercerita berulang kali apa yang berlaku. Jadi ada masa untuk berehat sepenuhnya.
Doa dari jauh pun sebenarnya pun dah bagus. Kecuali saya sudah lebih sihat di rumah. Boleh layan berborak di rumah.
Semoga Allah permudahkan kesihatan pesakit-pesakit yang sedang berjuang di katil hospital.
Hakikatnya, setiap pesakit berhak membuat keputusan terbaik untuk diri mereka semasa tempoh rawatan. Hormatilah pilihan mereka untuk berehat dan sembuh dalam keadaan yang lebih tenang.
Seperti kata Dr. Zubaidi, “Doa dari jauh pun sudah cukup baik.” Semoga semua pesakit yang sedang berjuang di hospital diberikan kesembuhan oleh Allah SWT dan dipermudahkan segala urusan mereka. Ingatlah, kadang-kadang sokongan yang paling bermakna datang dari kesungguhan doa kita, bukan sekadar kehadiran fizikal.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Download seeNI sekarang!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source