“Ada Perkhidmatan Ala GrabFood Pada Era Joseon?”
Jangan sangka pada zaman moden ini sahaja ada khidmat penghantaran makanan seperti FoodPanda dan GrabFood, kerana rupa-rupanya pada zaman Joseon dahulu pun sudah popular khidmat penghantaran makanan ini!
Sejarah penghantaran makanan di Korea bermula lebih lama daripada yang kita semua bayangkan. Penghantaran makanan Korea yang paling awal direkodkan adalah naengmyun, mi soba sejuk dalam sup pada era Joseon.
Dalam bukunya, sarjana Hwang Yun-seok (1729-1791) menyebut bahawa beliau memesan naengmyun untuk makan tengah hari bersama rakan-rakannya pada hari selepas peperiksaan negeri. Ini berlaku pada bulan Julai, 1768.
Naengmyun ini asalnya adalah hidangan istimewa yang dinikmati di istana diraja, namun semakin popular dalam kalangan golongan bangsawan, yang akhirnya membawa kepada pengenalan perkhidmatan penghantaran. Dalam buku Lee Yu-won, dicatatkan bahawa Raja Sunjo (1800-1834) telah memerintahkan para pelayannya untuk membeli mi sejuk dan membawanya kembali ke istana semasa melihat bulan bersama pegawai-pegawainya pada tahun-tahun awal pemerintahannya.
Tidak lama kemudian, perkhidmatan penghantaran makanan ini berkembang kepada penghantaran pelbagai jenis sup dan mi sehinggalah tahun 1930-an, dan penghantaran menjadi perkara biasa.
Dengan penghijrahan orang Cina ke Incheon pada tahun 1900-an, mi jjajangmyun dengan pes kacang hitam telah lahir. Ia menjadi salah satu makanan yang paling popular pada tahun 1950-an. Pada tahun 1970-an, pertumbuhan ekonomi pesat di Korea membolehkan restoran Cina membuka perniagaan di setiap sudut jalan.
Walau bagaimanapun, zaman kegemilangan sebenar penghantaran makanan di Korea ini bermula pada tahun 1990-an dengan pengenalan francais ayam goreng dan piza. Pasaran penghantaran makanan berkembang pesat dari tempoh masa ini.
Pada hari ini, penghantaran makanan adalah satu budaya di Korea. Pengenalan aplikasi penghantaran makanan telah meningkatkan kemudahan untuk memesan makanan. Aplikasi ini juga mengumpul dan menganalisis data mengenai tingkah laku pengguna untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik.
Aplikasi penghantaran makanan tidak pernah berhenti berinovasi untuk menjadikan perkhidmatan mereka lebih mudah diakses, memperkenalkan ciri pesanan suara baharu pada akhir tahun 2017, dan robot pelayan dalam kedai pada tahun ini.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source