“Bagaimana PADINI Melahirkan Anak Syarikat Seperti VINCCI?”
Ramai yang tak menyangka bahawa jenama ini sebenarnya berasal dari Malaysia. Begitu juga dengan rangkaian jenama yang berada di bawah kumpulan syarikatnya.
Inilah kisah jenama PADINI yang bermula sebagai Syarikat Pengilang Pakaian Hwayo pada tahun 1971 di mana ia bergabung dalam pembuatan dan pemborongan pakaian. Pengasasnya, Yong Pang Chaun, menyertai seorang peniaga tekstil di Singapura selepas tamat pendidikan menengahnya.
Di situlah beliau belajar selok-belok dalam perdagangan tekstil. Pada usia 20 tahun, beliau menubuhkan sebuah syarikat untuk mengeluarkan fesyen wanita dan pengetahuan beliau dalam perniagaan pakaian telah mengembangkan lagi perniagaannya.
Syarikat ini memasuki industri peruncitan pada tahun 1975 dengan jenama utama, PADINI. VINCCI telah ditubuhkan untuk pasaran pengguna wanita yang menawarkan barangan seperti kasut, beg, tali pinggang dan aksesori lain pada tahun 1986.
Isteri kepada Yong, iaitu Chong Chin Lin, pula berasal daripada keluarga yang berada dalam industri pembuatan dan perdagangan aksesori. Dia berhenti daripada Tingkatan Enam untuk membantu bapanya dalam perniagaan borong dan runcit aksesori fesyen dan barang kemas.
Selepas tiga tahun, dia berpindah ke bidang peruncitan fesyen wanita. Dia akhirnya menyertai Kumpulan Padini selepas itu dan membantu menubuhkan Vincci Ladies’ Specialties Centre Sdn Bhd pada tahun 1981. Beliau ialah Pengarah Eksekutif PADINI dan membantu menyelia operasi pembuatan pakaian kumpulan itu.
Pada tahun 1995, Padini Holdings Sdn. Bhd. telah ditukar kepada syarikat awam berhad dan menggunakan nama Padini Holdings Berhad yang kemudiannya disenaraikan di Second Board, Bursa Saham Kuala Lumpur.
PADINI ketika ini membawa lapan label fesyen yang mantap, iaitu kasut Vincci (kasut mampu milik untuk wanita), Vincci Plus (kasut eksklusif untuk wanita), Padini (pakaian kerja untuk lelaki dan wanita), Padini Authentic (pakaian kasual untuk lelaki dan wanita), PDI (asas untuk lelaki dan wanita), Seed (pakaian kontemporari untuk lelaki dan kanak-kanak), Miki (pakaian kanak-kanak) dan P & Co (fesyen mampu milik untuk remaja perempuan).
Apa yang membuatkan PADINI tetap kukuh adalah ketahanan pengasasnya dalam mempertahankan kesemua jenama dalam keadaan yang setara serta berkembang maju. Yong mengemudi PADINI ke tahap yang lebih tinggi. Hari ini, Padini boleh ditemui di lebih 330 lokasi di 16 negara di seluruh Asia dan merupakan satu daripada 30 jenama paling bernilai di Malaysia.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source