Pelancong asing busking di Bukit Bintang, warga Malaysia persoal ada permit ke?
Tular di media sosial satu klip video pendek memaparkan dua wanita yang didakwa merupakan pelancong asing busking di Bukit Bintang sehingga menimbulkan rasa berang dalam kalangan warga tempatan.
Menerusi satu hantaran di TikTok, azmi.atan4 telah memuat naik video berkenaan dan mendakwa bahawa dua wanita warga asing itu busking di hadapan sebuah kedai serbaneka di Bukit Bintang.
Pelancong asing busking di Bukit Bintang buat warga Malaysia berang
Individu yang memuat naik video tersebut turut meluahkan rasa tidak berpuas hati kerana warga tempatan memerlukan permit untuk menjalankan busking, namun undang-undang itu seakan-akan tidak terpakai ke atas warga asing.
“Pelancong asing busking depan My News Bukit Bintang. Warga tempatan kena mohon permit baru boleh busking, macam mana nak kira ni?” katanya.
Artikel lain: Anak terlantar selepas lemas dalam kolam, ibu harap ada keajaiban – “Cepatlah bangun sayang…”
Menjengah ke ruangan, ramai warga maya yang turut sama meluahkan rasa tidak berpuas hati terhadap kebebasan warga asing dan menyifatkan mereka tidak terikat dengan undang-undang Malaysia.
Pelancong asing busking di Bukit Bintang, kenapa berani??
Apa nak jadi dengan Malaysia
Buskers Malaysia susah dapatkan lesen, dorang selamba busking
Wah, mana dapat lesen??
Laporkan kepada pihak berkuasa!
Dalam pada itu, terdapat juga warga maya yang meninggalkan komen menyifatkan penguatkuasaan undang-undang Malaysia ke atas warga asing lemah.
Undang2 negara tajam untuk warganya, tumpul untuk warga asing
Penguatkuasaan lemah….
Muka barat adalah lesen
Teruknya, suka hati berniaga! Mana penguatkuasa?
Sepatutnya report terus kat penguatkuasa, boleh ambil tindakan terus….
Sumber: TikTok azmi.atan4
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source