Adik korbankan impian jadi cef, jaga abang OKU terlantar sejak lahir- “Ada juga penyakit kulit..”
Seorang adik korbankan impian termasuk masa dan tenaga demi menjaga abang tercinta yang juga orang kurang upaya (OKU) terlantar kategori pelbagai.
Memetik laporan Harian Metro, Mohd Tarmizi Abdullah, 41, yang menetap di Kampung Rasal Tok Uban, di sini, berkata, dia mengambil tanggungjawab itu selepas ibu bapanya meninggal dunia.
Pun begitu, Mohd Tarmizi berkata, adik-beradiknya yang lain masih mengambil berat dengan kebajikan abangnya, Mat Yusoff, 53.
Namun, dia yang banyak menghabiskan masa menjaga dan menguruskan abangnya kerana mereka tinggal bersama.
“Abang OKU terlantar sejak lahir, ada juga penyakit kulit, tak boleh berjalan dan berdikari sebaliknya hanya mampu merangkak untuk bergerak.
“Jadi saya yang kena bantu uruskan abang selain bawa dia ke tandas dan membersihkan dia.
“Saya cari rezeki dengan mengambil tempahan membuat gubahan cenderahati, jadi waktu kerja agak fleksibel serta boleh uruskan abang kerana kebanyakan masa di rumah,” katanya.
Artikel lain: Meski tak sempurna, lelaki OKU pendengaran berusaha alun al-Fatihah disamping isteri
Adik korbankan impian demi abang tercinta
Tambah anak bongsu daripada lapan beradik, dia rapat dengan abangnya sejak tamat persekolahan lagi kerana membantu bapa, Abdullah Ibrahim yang diserang angin ahmar pada 2006.
Selepas bapanya meninggal dunia pada 2008, dia pula membantu ibu , Saadiah Yamin menjaga Mat Yusoff sebelum insan tercinta itu ‘pergi’ dua tahun lalu kerana sakit tua.
“Hampir 20 tahun juga saya jaga abang dan tak mudah kerana walaupun keadaannya begitu, abang pun ada perasaan, suka merajuk dan memberontak jadi kena pandai menjaga hatinya.
“Jika pakaian tak wangi, abang tak nak pakai dan susah nak faham apa dia cakap kerana pertuturannya tak jelas,”katanya lagi.
Lulusan GiatMARA Machang, Kelantan dalam sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Jahitan dan Pakaian berkata, dia akan memantau abangnya menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang dihubungkan dengan telefon bimbit sekiranya mempunyai urusan di luar.
“Kebiasaannya saya tak tinggalkan lama kerana memang terasa lain jika abang tiada bersama,”ujar Mohd Tarmizi.
Kongsinya, terlalu banyak memori tercipta dengan Mat Yusoff yang juga penggemar lagu dikir barat sepanjang mereka tinggal bersama.
Sumber: Harian Metro (Redzuan Muharam)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source