AI Dijangka Mempengaruhi 30% Pekerjaan Di Malaysia Dalam Tempoh 10 Tahun
Terbaru, menurut analisis yang dikeluarkan oleh kerajaan menunjukkan lebih 30% pekerjaan di Malaysia akan dipengaruhi oleh kecerdasan buatan (AI) dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Melalui transformasi signifikan, jangkaan bagi sektor utama yang terlibat adalah seperti pembuatan, perkhidmatan dan teknologi maklumat.
Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang, negara ini mempunyai cabaran tenaga mahir semakin ketara dan memerlukan perhatian segera.
Dalam pada itu, statistik juga menunjukkan bahawa lebih 600,000 pekerja perlu menjalani latihan semula dalam tempoh tiga hingga lima tahun untuk kekal relevan dalam pasaran kerja yang semakin kompetitif.
“Menjelang 2030 negara diunjurkan memerlukan 500,000 pekerja mahir tambahan bagi memenuhi keperluan sektor teknologi dan teknikal. Angka-angka ini menunjukkan keperluan mendesak untuk membangunkan ekosistem latihan dan pensijilan yang efektif,” katanya.
Selain itu, tenaga kerja di negara ini perlu bersedia untuk berhadapan dengan perubahan tersebut iaitu proses latihan semula dan peningkatan kemahiran menjadi amat penting terutama dalam bidang teknologi dan teknikal, agar Malaysia dapat bersaing di peringkat global dan memenuhi keperluan industri yang terus berkembang.
Jelasnya, kerajaan juga giat memastikan kursus dan latihan yang ditawarkan selaras dengan keperluan piawaian antarabangsa dan keperluan industri 4.0 termasuk kursus dalam bidang keselamatan siber, pengurusan sistem pintar dan analitik data.
Buat masa ini, masih tiada badan khusus memastikan jaminan kualiti kursus jangka pendek yang ditawarkan.
Namun, Pembangunan Profesional Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) melalui mandat daripada Akta Teknologis dan Juruteknik 2015 (Akta 768), mengambil inisiatif menubuhkan Majlis Pembangunan Profesional Teknologi dan Teknikal (TPDC) bagi menilai aspek seperti kualiti pengajar, kandungan dan pendekatan kursus serta aspek penilaian.
Sehubungan itu, menerusi kerangka TPDC, latihan yang diberikan kepada pekerja Malaysia bukan sahaja diiktiraf oleh industri tempatan tetapi ia juga memenuhi piawaian profesional yang ditetapkan serta memastikan kemahiran yang diperoleh bersesuaian dengan keperluan industri global yang sentiasa berubah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Download seeNI sekarang!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source