CEO Termuda Syarikat Sanrio Yang Menaikkan Semula Populariti Hello Kitty!
Pengasas syarikat pengeluar Hello Kitty ini telah berusia lebih 90 tahun dan telah menghadapi jatuh bangun perniagaan yang ditubuhkannya. Dan kini giliran cucunya pula untuk mencorakkan kembali perjalanan syarikat warisan keluarga mereka.
November lalu, Hello Kitty telah menyambut ulang tahunnya yang ke-50. Tetapi perjalanan syarikat pengeluarnya, iaitu Sanrio bukanlah sentiasa cerah. Sepak terajang dalam dunia perniagaan telah membawa banyak pengalaman menakjubkan bagi Syarikat Sanrio.
Hello Kitty telah disenaraikan sebagai francais media kutipan kedua tertinggi di dunia di belakang Pokémon, dan mendahului Mickey Mouse dan Star Wars. Walau bagaimanapun, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Sanrio bergelut untuk mendapatkan keuntungan kerana minat terhadap Hello Kitty semakin berkurangan.
Sehinggalah pada tahun 2020, Tomokuni Tsuji mewarisi peranan sebagai bos di Sanrio. Dia adalah cucu kepada pengasas syarikat itu, Shintaro Tsuji, dan baru berusia 31 tahun ketika itu, menjadikannya CEO termuda sebuah syarikat Jepun yang tersenarai.
Datuknya kemudian menjadi pengerusi Sanrio. Di bawah kepimpinan Tsuji yang lebih muda, Sanrio mengubah strategi pemasarannya. Tsuji bukan sahaja mengembalikan populariti Hello Kitty, malah menaikkan beberapa watak lain seperti Cinnamoroll – anak anjing putih bermata biru, dan Aggretsuko, panda merah yang agresif.
Watak itu yang popular dalam kalangan Generasi Z mula-mula muncul dalam siri kartun di TBS Television Jepun sebelum ia menjadi hit global di Netflix. Selain mempelbagaikan wataknya, Sanrio meningkatkan pemasarannya di luar negara dan menangani pemalsuan dengan lebih teliti.
Pembaharuan yang dibuat oleh CEO muda ini ternyata membuahkan hasil. Dalam masa dua tahun Tsuji sebagai CEO telah mengubah Sanrio kembali menjadi syarikat yang menguntungkan.
Walaupun begitu, Tsuji menghadapi cabarannya yang tersendiri dalam mengemudi syarikat itu. Meskipun ada tentangan daripada pengurus senior, malah berselisih pendapat dengan datuknya sendiri, Tsuji kekal merendah diri.
“Suatu hari saya dapati diri saya menjadi terlalu sombong, kerana cuba untuk meyakinkan seseorang yang berpengalaman lebih 50 tahun daripada diri saya.”
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source