Lapan tahun mencari, 2 beradik menangis dapat tahu ibu sudah tiga tahun meninggal dunia
Dua beradik menangis dapat tahu ibu, Ezanie Eleena Mohamad Adnan, 30, yang dicari selama ini sudah meninggal dunia sejak tiga tahun lalu.
Muhammad Khairul Huzaifi Mohd Baidowi, 15, berkata, dia dan adik, Muhammad Khairul Aiman, 13, cuba menjejaki ibu kandung yang menghilangkan diri dan berharap dapat bertemu dengannya semula.
Namun, seorang wanita mendakwa ibu saudara kepada Ezanie Eleena memaklumkan khabar duka selepas kisah mereka dua beradik disiarkan di media sosial semalam.
Artikel lain: Adik korbankan impian jadi cef, jaga abang OKU terlantar sejak lahir- “Ada juga penyakit kulit..”
2 beradik menangis dapat tahu ibu sudah meninggal dunia
Muhammad Khairul Huzaifi yang tinggal di Maahad Tahfiz al-Quran Nur Al-Majid di Machang, dekat sini, berkata guru agamanya memaklumkan perkara itu pada jam 8.15 malam tadi selepas dihubungi wanita terbabit.
“Sebaik ustaz beritahu ibu sudah tiga tahun meninggal dunia akibat penyakit buah pinggang, saya dan adik menangis kerana kami rindu dan sangat berharap dapat bertemunya.
“Saya dimaklumkan arwah ibu yang berasal dari Bintulu, Sarawak juga berhasrat berjumpa kami, namun tidak kesampaian,” katanya.
Guru maahad tahfiz terbabit, Mohd Faizal Ali, 40, berkata dia dihubungi ibu saudara arwah Ezanie Eleena pada jam 8 malam tadi selepas terlihat pautan berita mengenai pencarian anak saudaranya itu.
“Wanita itu memperkenalkan diri sebagai ibu saudara Ezanie Eleena dan memaklumkan ibu dua beradik ini sudah tiga tahun meninggal dunia akibat penyakit buah pinggang.
“Wanita itu juga menghantar video dan pautan di Facebook mengenai pemergian Ezanie Eleena tiga tahun lalu sebagai bukti dan dia memberitahu pusaranya di Selangor serta sedia memberi alamat jika ingin menziarah.
“Walaupun berita diterima ini sangat menyedihkan, sekurang-kurangnya Khairul dan Aiman tahu ibu mereka sudah tiada dan tidak lagi menyimpan harapan untuk bertemu dengannya setiap hari,”ujar Mohd Faizal Ali.
Sebelum ini, dua beradik yang tinggal bersama datuk dan nenek mereka di Kampung Cermin, di sini, berusaha mengesan Ezanie Eleena yang menghilangkan diri sejak lapan tahun lalu.
Ia bagi memudahkan urusan proses membuat MyKad Muhammad Khairul Huzaifi.
Dalam perkembangan lain, Muhammad Khairul Huzaifi berkata, pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Kelantan sudah meminta mereka hadir ke pejabat agensi itu di Tanah Merah bagi meneruskan proses membuat kad pengenalan.
Sumber: BH Online (Siti Rohana Idris)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source