Suami sedia lepaskan Zahnita tapi bersyarat, anak akui tenang tinggal dengan bapa
Suami sedia lepaskan Zahnita namun bersyarat selepas selebriti itu menfailkan tuntutan penceraian terhadapnya pada 3 Disember tahun lalu.
Memetik laporan dari Mstar, Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor, 47, menyatakan dirinya sedia untuk melepaskan isterinya, tetapi bekas model itu perlulah mematuhi beberapa syarat yang ditetapkan.
Suami sedia lepaskan Zahnita, tapi ada syarat tertentu
Antara syarat yang dibakal dinyatakan termasuklah berkenaan hak penjagaan keempat-empat anak mereka.
Jelasnya, jika Zahnita atau nama sebenarnya, Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 40, dapat memenuhi syarat tersebut, dia akan melafazkan talak dan mereka boleh berpisah dengan cara baik.
“Saya bersedia melafazkan talak dengan beberapa syarat yang perlu dia patuhi.
“Kalau dia dapat tunaikan syarat tersebut saya akan lafaz talak dan kami boleh bercerai secara baik.
“Saya sudah tidak mahu bergaduh dengannya tapi saya minta kami dapat sama-sama menjaga anak-anak, itu sahaja,” ujarnya.
Suami sedia lepaskan Zahnita, dakwa isteri pernah berlaku curang
Difahamkan mahkamah memerintahkan pasangan itu melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) susulan kedua-dua belah pihak gagal mencapai kata sepakat.
Abdul Zackery juga menyangkal tuduhan ada orang ketiga dalam rumah tangga mereka dan mendakwa isterinyalah yang berlaku curang kerana pernah melarikan diri selama enam bulan dengan seorang lelaki sekitar tahun 2015 dan 2016.
“Kalau nak bercakap soal orang ketiga, pada 2015 dan 2016 isteri saya yang mempunyai orang ketiga.
“Kami pernah melalui proses penceraian dan ketika itu dia keluar dari rumah dan lari dengan seseorang selama enam bulan.
“Anak perempuan saya sendiri yang memberitahu ibunya keluar dengan lelaki… Apabila saya cuba berbincang, isteri bawa lari anak-anak kami,” katanya lagi.
Artikel lain: Suami Zahnita mengaku 20 tahun bersabar, hampir kena ‘Muay Thai’ isteri
Anak dedah tiada siapa dipukul, gambar ibu kongsi adalah gambar lama
Dalam pada itu, anak sulung kepada pasangan tersebut, Zahrafeena atau Zahra,18 mendedahkan bahawa apa yang dilakukan ibu sudah dirancang dari awal.
Dia juga mengatakan bahawa gambar dakwaan dipukul yang dikongsi Zahnita di media sosial merupakan gambar lama.
Ibu sudah rancang untuk kami berpindah selepas saya selesai peperiksaan SPM tetapi perkara ini menjadi tular lebih awal.
“Di sekolah cikgu ada bertanya adakah saya dipukul? Saya jelaskan tiada siapa yang dipukul dan gambar dikongsi oleh ibu itu adalah foto lama,” katanya.
Lebih tenang tinggal dengan bapa
Zahra yang sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akui terkesan dengan konflik yang sedang terjadi dalam keluarganya dan memilih tinggal dengan bapa kerana rasa lebih tenang.
“Rasanya tak perlu libatkan saya dalam masalah ini kerana ini isu orang dewasa.
“Tiada siapa yang paksa. Saya yang mahu tinggal bersama ayah. Tinggal bersama ayah lebih chill (tenang).
“Saya boleh sahaja berjumpa ibu kerana rumahnya tidak jauh dari sini. Tetapi saya memilih untuk tidak berjumpa sebab kebelakangan ini ibu selalu marah bila berjumpa,” jelasnya.
Terdahulu, Abdul Zackery mendedahkan bahawa dialah yang menjadi mangsa keganasan dan terpaksa mempertahankan diri dari kekerasan yang dilakukan oleh isteri.
Ujarnya, pergaduhan mereka berpunca daripada tindakan Zahnita yang menyewa rumah lain untuk mengembangkan perniagaannya tanpa pengetahuan sehingga mengabaikan anak-anak.
Sumber: Mstar (Ain Norman, Faiz Izzat)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source