Keluarga tuntut keadilan, dakwa taska pulangkan bayi 4 bulan dalam keadaan tidak bernyawa
Keluarga tuntut keadilan apabila anak lelaki yang baru berusia empat bulan dipulangkan dalam keadaan kaku dan tidak bernyawa oleh sebuah taska di Saujana Putra, Jenjarom, di sini, pada Jumaat lalu.
Menerusi perkongsian ibu kepada bayi lelaki, Khairul Handzalah Sufi iaitu Yuni Rahman, anak keduanya itu meninggal dunia tanpa diberitahu sebab atau punca secara terperinci oleh pihak berkenaan.
“Pada pagi kejadian, saya hantar Handzalah dalam keadaan sihat ke taska pada jam 9 pagi.
Saya mendapat panggilan dari pengusaha taska pada 3.27 petang menyatakan Handzalah dah tidak bernafas.
“Selebihnya adalah momen yang tiada satu ibu bapa pun sanggup lalui,”tulisnya di Instagram.
Artikel lain: Anak terlantar selepas lemas dalam kolam, ibu harap ada keajaiban – “Cepatlah bangun sayang…”
Dakwanya, berlaku kecuaian dan pengabaian daripada pihak taska sehingga menyebabkan kematian anak kecilnya itu.
“Terima kasih buat semua pihak taska, saya mula 2025 dengan kehilangan satu nyawa dalam keluarga kecil kami.
“Kami berdua anak yatim piatu, yang ada cuma anak-anak kami. Tapi cikgu dah ambil hak itu. Dunia akhirat saya takkan maafkan.
“Anak saya tak bernafas cikgu boleh cakap tak tahu. Cikgu pengurus taska boleh ke hulu ke hilir. Tetapi datang lambat, balik awal, jadi siapa yang jaga 25 anak-anak? Dua cikgu jaga 25 anak?” dakwanya.
Keluarga tuntut keadilan
Luah Yuni Rahman, dia menghantar anaknya ke taska dalam keadaan sihat dan bersih, namun dijemput pulang dalam keadaan sudah kaku dan pucat.
Sebagai ibu yang mengandung dan melahirkan, dia akui terkilan dengan tindakan pihak taska yang langsung tidak memberi penjelasan dan permohonan maaf, sebaliknya dikeluarkan daripada grup WhatsApp taska berkenaan.
Dia turut mendakwa bahawa punca kematian anaknya hanya dimaklumkan sebagai Sindrom Kematian Bayi Mengejut (SIDS).
“Kalau sebab kematian SIDS sekalipun, masih boleh dicegah kalau ada orang jaga sepanjang masa.
“Cikgu tinggal dalam bilik dan tahu tak berapa lama? Sampai anak saya susah nak bernafas? Sampai terbuang air besar sebab sakit?
“Akhirnya, saya tukar lampin semasa dia hidup sebelum saya hantar pergi taska pukul 9 pagi. Lapan jam kemudian, saya kena tukar lampin dia dalam keadaan sudah meninggal,” luahnya lagi.
Difahamkan, ibu dan bapa kepada bayi tersebut sudah pun membuat laporan polis dan bakal mengambil tindakan terhadap taska yang terletak di Saujana Putra, Jenjarom, Selangor itu.
Setakat artikel ini ditulis, masih belum ada kenyataan dikeluarkan taska mahu pun pihak berkuasa berhubung kejadian itu.
Sumber: IG yyunirahman
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source