Lawat anak sakit, Cik Epal dan Jofliam ‘perang mulut’ di hospital
Nampaknya drama pergaduhan antara Cik Epal dan Jofliam tidak berkesudahan lagi apabila berlaku ‘perang mulut’ antara mereka sewaktu di hospital bagi melawat anak yang sedang sakit.
Dalam video yang dikongsi Cik Epal di Insta Story, dia telah memuat naik momen sewaktu mereka saling tuduh menuduh di wad hospital disaksikan anak serta ahli keluarga yang lain.
Cik Epal dan Jofliam saling tuduh menuduh?
Dalam video tersebut, jelas masing-masing saling berbalas kenyataan sehingga perlu ditenangkan oleh ahli keluarga yang berada di situ.
Walaupun tidak dapat dipastikan isu apa yang sedang mereka gaduhkan, namun ia seperti berhubung kait dengan hal-hal berbangkit antara mereka yang sebelum ini merupakan suami isteri.
Cik Epal dan Jofliam berbalas kenyataan di media sosial
Selepas Cik Epal atau nama sebenarnya, Nur Munirah Mahmood memuat naik video-video tersebut, Jofliam nampaknya tidak berdiam diri apabila kembali menulis kenyataan di Insta Story menceritakan hal sebenar dari pihaknya pula.
Jelasnya, dia sudah dapat mengaggak video sewaktu mereka bertengkar akan dikongsikan kepada umum dan sudah bersedia untuk mendedahkan penipuan yang didakwa telah dilakukan oleh Cik Epal.
Artikel lain: Konflik bertambah buruk, Cik Epal dakwa bekas suami halang jumpa anak-anak
Jofliam akan dedah segalanya di saluran YouTube
Ujar Jofliam, dia akan memuat naik video berkenaan Cik Epal di saluran YouTube termasuklah punca mereka bercerai, kes cukai, kes memukul staf dan isu berkaitan pemberian bunga yang heboh diperkatakan di media sosial.
Tuduh pempengaruh itu lagi, bekas isterinya juga merupakan seorang kaki konten dan hanya orang yang mengenalinya sahaja tahu perangai sebenar.
Pelbagai lagi luahan dan unggahan video yang dibuat oleh kedua-dua pempengaruh itu sehingga melibatkan anak-anak yang masih kecil.
Cik Epal rindu anak2 sebab lama tak jumpa
Sebelum ini, anak mereka berdua yang dikenali sebagai Han telah ditahan di wad kerana dijangkiti influenza dan Cik Epal telah datang melawat kanak-kanak tersebut sambil membawa hadiah.
Difahamkan mereka sudah lama tidak bertemu dan wanita itu mengakui sangat merindui anak-anak yang berada di bawah jagaan Jofliam ketika ini.
Kemelut rumah tangga Cik Epal dan Jofliam nampaknnya masih lagi berlarutan walaupun masing-masing sudah sah bercerai apabila keduanya dilihat saling menuduh antara satu sama lain.
Drama antara mereka seakan belum berkesudahan walaupun kerap kali menyatakan mahu ‘move on’ dan memulakan kehidupan baru disamping menjadi ibu bapa yang baik buat anak-anak.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source