Anggap seperti adik, Vida kecewa & akui terkesan Razman Razmi dipukul
Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida kecewa dan akui terkesan dengan insiden menimpa pereka fesyen duo, Razman Razmi yang dianggap seperti adik sendiri, baru-baru ini.
Pemilik nama Hasmiza Othman berkata, dia juga amat kesal dengan jurugambar bebas yang dikenalinya, Aqo Imran kerana bertindak ‘ganas’ terhadap Razman Razmi.
Vida kecewa
Dalam hantaran di Instagram, usahawan berusia 54 tahun itu berkata, dia menjerit ketakutan memandangkan insiden itu berlaku di hadapannya sendiri.
“Saya menjerit sebab kerjadian berlaku dihadapan saya. “
“Saya ibarat kakak kepada adinda Razman dan Razmi dan kami sudah lama mengenali dan banyak kali bekerjasama.
“Saya memang tidak boleh terima apa yang berlaku kepada mereka,” katanya menerusi perkongsian itu.
Artikel lain: Razman Razmi dakwa Aqo Imran minta tarik kes, selesai luar mahkamah
Pun begitu, Vida berkata, semuanya telah berlaku dan ianya perlu dijadikan pengajaran.
Dalam masa sama, Vida menyatakan bahawa dia benci kepada keganasan ekoran trauma dengan keganasan rumah tangganya terdahulu.
“Disebabkan traumalah saya menjerit kerana saya takut lihat kejadian itu. Tiada masalah tidak boleh diselesaikan
“Saya mengenali kedua-dua belah pihak. Saya tak fikir jadi seteruk ini. Walau apa pun jangan betindak luar akal fikiran. Sekarang nasi dah jadi bubur.
“Berani buat berani tanggung,” katanya lagi.
Di kesempatan itu, dia turut menitipkan doa agar kedua-dua pereka fesyen itu terus tabah dengan ujian itu, selain meminta netizen supaya tidak cepat menghukum jika tidak tahu hujung pangkal.
Terdahulu, pereka fesyen duo, Razman Razmi yang juga pereka fesyen menghasilkan busana Datuk Seri Vida untuk acara malam berkenaan dipukul dengan kamera oleh jurugambar, Aqo Imran.
Kejadian berlaku ketika wartawan sedang menemubual Vida sebelum jurugambar terbabit bertindak agresif dengan menyerang dan memukul mereka dengan kamera miliknya.
Kedua-duanya yang mengalami luka di pipi kemudian diberi rawatan kecemasan sebelum penganjur bertindak membuat laporan polis. Difahamkan, insiden itu dipercayai berpunca daripada masalah peribadi di antara mereka.
Bagaimaapun, Aqo Imran atau Muhammad Imran Khairil, 30 mengaku tidak bersalah di Mahkamah Mahkamah Majistret atas dua pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap dua pereka fesyen di ruang legar sebuah hotel.
Pendakwaan telah dikemukakan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripadanya.
Walau bagaimanapun, dia telah dibebaskan dengan ikat jamin RM3,500 bagi setiap pertuduhan berserta syarat tambahan iaitu dilarang mendekati dan menganggu mangsa.
Sumber: IG datoserivida
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source