Penduduk kampung tak tidur lena! Ombak besar bergulung-gulung seakan mahu telan rumah, terhakis teruk
Sebanyak 16 penduduk kampung tak tidur lena apabila memikirkan keadaan rumah mereka di Kampung Geliga Baru, di sini dibadai ombak susulan fenomena air pasang besar dan angin kencang pada Sabtu malam.
Seorang penduduk kampung, Ibrahim Zakaria, 67, berkata, dia dan dua lagi ahli keluaga terpaksa berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Geliga Pantai di sini, pada Sabtu selepas beberapa keping dinding dan atap rumahnya tercabut diterbangkan angin kuat.
Penduduk kampung tak tidur lena!
Kongsinya, ombak besar setinggi lebih dua meter itu juga telah menyebabkan kawasan di bahagian belakang dapur rumahnya terhakis teruk.
“Memang rumah saya sering terjejas akibat hakisan setiap kali ombak besar pada musim monsun, tetapi sepanjang 30 tahun tinggal di sini, ini kali pertama tengok ombak yang sangat besar… bergulung-gulung seakan-akan mahu menelan rumah dan penduduk,” katanya.
Menurutnya, dia masih menunggu ombak betul-betul reda dan selamat untuk pulang bagi memeriksa keadaan rumahnya.
“Rumah pak cik rumah kayu lama, setiap tahun kena ombak memang tunggu masa menyembah bumi.
“Sekarang ini pun kami terpaksa tinggal di balai raya di kampung lain kerana balai raya di kampung sendiri sudah tidak selamat diduduki,” katanya lagi.
Rumah bergegar dipukul ombak
Seorang lagi penduduk, Juliana Ariffin, 45, berkata, dia dan suaminya terpaksa berpindah ke PPS kira-kira 7.30 malam Sabtu atas faktor keselamatan selepas rumah mereka bergegar dipukul ombak.
Ujarnya, dia tidak sempat menyelamatkan barang-barang berharga kerana bimbang akan keselamatan empat anaknya.
“Suami hanya mampu melaungkan azan dan takbir. Pagi tadi suami pulang sekejap untuk memeriksa keadaan rumah.
“Banyak pasir dan sampah yang berserak atas lantai. Sebelum ini di belakang rumah saya ada lima kediaman, tetapi semuanya dah runtuh akibat hakisan dan dipukul ombak.
“Saya dan suami runsing memikirkan mana nak tinggal jika rumah saya pun terima nasib yang sama,” kata Juliana Ariffin.
Artikel lain: “Cuba tolong, tapi arus ombak makin kuat…” – Tragedi lemas Teluk Batik, saksi buka cerita
Sementara itu, Pengarah Pejabat Meteorologi Terengganu, Rosli Zakaria menasihati orang ramai supaya tidak menghampiri kawasan pantai susulan fenomena angin kencang yang melanda perairan Terengganu.
Kelajuan angin yang direkodkan di Kuala Terengganu ketika ini ialah sekitar 25 kilometer sejam (km/jam) berbanding hari biasa pada Monsun Timur Laut iaitu 10 hinga 20 km/jam.
Situasi ini agak berisiko kepada sesiapa sahaja yang berada di kawasan pantai.
Sumber: Sinar Harian (Bernama), FB Suhaidi Mohamed Amin
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source