Hanya kenalan rapat, Erra Fazira nafi ada pengumuman istimewa 7 Februari
Pelakon Erra Fazira nafi ada pengumuman istimewa pada 7 Februari depan dan menyifatkan khabar angin itu sebagai spekulasi nakal.
Memetik laporan Kosmo!, Erra atau nama penuhnya Fazira Wan Chek berkata tiada kejutan istimewa pada sambutan ulang tahunnya yang ke-51 nanti, apatah lagi berkongsi status hubungannya dengan seorang ahli perniagaan.
Erra Fazira nafi ada pengumuman istimewa 7 Februari
“Mana pula dapat cerita ini? Belum lagi. Sabarlah. Saya sendiri baru dengar cerita ini kononnya ada pengumuman istimewa pada tarikh berkenaan, namun hakikatnya tiada apa akan berlaku,” katanya menerusi temu bual dengan sebuah portal.
Dalam temu bual itu, ibu tunggal anak satu itu juga tidak mengesahkan desas-desus sudah berjumpa dengan keluarga Ezwan Zain, lelaki yang dikatakan intim dengannya.
Menurut aktres itu, duda yang digelar Mr. E itu hanyalah kenalan rapatnya ketika menjalani penggambaran program bual bicara, Primadona beberapa tahun lalu.
Artikel lain: “Ramai selebriti senior lebih layak dapat Datuk berbanding saya” – Erra Fazira
“Ketika penggambaran program itu di kafenya kami tak bersembang pun. Kalau tak silap saya, kami bertemu semula tiga tahun lalu di konti radio Sinar FM.
“Dari situ, kami mula berbual sekadar menyantuni. Hanya beberapa bulan lalu Ezwan rajin menghantar mesej dalam Instagram (IG), sejak itulah, kami semakin rancak berbual.
“Maka, boleh dikatakan kami mula rapat sejak beberapa bulan lalu. Saya kategorikan Ezwan sebagai kenalan rapat,” ujarnya.
Hanya kenalan rapat, Erra Fazira nafi ada pengumuman istimewa
Dalam pada itu, Erra menjelaskan ucapan hari lahir yang dia kongsikan di laman sosialnya sekaligus membuat peminat tertanya-tanya tidak mempunyai sebarang maksud tersembunyi sebaliknya sekadar tanda ingatan seorang sahabat.
“Mengucapkan ‘happy birthday’ adalah perkara biasa. Sebelum ini, sudah ramai yang saya ucap berserta dengan emoji hati. Mungkin dia terlihat sebagai ‘potential partner’ di mata orang luar.
“Saya jarang berkongsi apabila tiada keperluan untuk dikongsi. Dalam hati, tujuan saya sekadar ingin membuat kejutan istimewa buat Ezwan. Hanya ucapan ringkas buat ‘birthday boy’, maka saya muat naik,” katanya.
Terdahulu, ucapan Erra dalam InstaStory buat seseorang menjadi bualan ramai kerana ucapan tersebut dikatakan berbaur romantis disulami dengan lagu Semoga Abadi dendangan Misha Omar.
Buat ucapan hari lahir, Erra Fazira nafi ada pengumuman istimewa
Gambar susuk lelaki dan perempuan yang digelapkan juga menguatkan spekulasi bahawa hantaran itu ditujukan kepada seseorang yang istimewa di hatinya.
Erra pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah dan penyanyi, Datuk Yusri Abdul Halim pada 2003, namun bercerai pada 2006.
Kemudian dia berkahwin dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 2007 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Engku Aleesya, 16, tetapi mereka berpisah pada 2014.
Sumber: Kosmo! Online
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source