Persiapan Bertemu Ramadan,12 Amalan Ini Mesti Buat
Tak lama lagi Ramadan bakal tiba. Lalu, apa persediaan yang boleh kita lakukan?
1. Boleh mula mencari Al-Quran tetap. Pilih satu Al-Quran untuk menjadi teman setia di sepanjang Ramadan.
.
Gunakan Al-Quran yang sama agar memudahkan urusan menanda tempat bacaan dan ayat-ayat untuk ditadabbur.
.
Tanda juga hukum-hukum tajwid yang tidak jelas dan bolehlah bertanya kepada mereka yang arif.
.
2. Bersihkan tempat atau ruangan ibadah di sepanjang Ramadan. Jika mempunyai ruang solat khusus, maka bersih dan susun atur dengan baik.
.
Jika hanya mempunyai sedikit ruang solat, bersihkan jua daripada habuk dan debu serta bau-bau yang mungkin kurang menyenangkan. Harumkan ruangan dengan bau-bau yang menenangkan.
.
3. Telekung-telekung solat, boleh mula dicuci dan wangikan dengan atar atau wangian kegemaran. Bau yang menyenangkan mampu membangkitkan mood beribadah yang lebih baik.
.
4. Siapkan sampul-sampul sedekah di sepanjang Ramadan jika mampu. Isi setiap sampul dengan nilai yang dihajati dan mampu beri.
.
Sebaik-baik, bersedekahlah setiap hari agar setiap hari itu terisi pahala sedekah yang amat besar ganjarannya di bulan puasa.
.
Nilai sedekah itu bukanlah menjadi ukuran utama. Tetapi keikhlasan membantu dan mencari keredhaan Allah itu adalah lebih utama.
.
5. Atau boleh juga aturkan bekalan kurma untuk diagihkan ketika berbuka dan bersahur. Hatta sebiji kurma setiap hari pun dinilai Allah sebagai amalan memberi makan kepada orang yang berbuka puasa.
.
Ketahuilah, pahala memberi makan orang berbuka puasa itu amatlah besar ganjaranya.
.
6. Solat Tarawih setiap malam. Maka, sesudah Maghrib, setelah berbuka puasa, bersegeralah bersiap mengerjakan Tarawih tanpa berlengah-lengah di hadapan televisyen.
.
7. Niat bangun bersahur setiap pagi. Maka, tidur awal pada malamnya agar boleh bangun dengan mudah.
.
8. Hentikan amalan bermain game sehingga ke pagi atau menonton movie sehingga larut malam di bulan Ramadan. Kelak, sukar bangun bersahur dan dibimbangi tidak berupaya berpuasa di siang hari.
.
9. Kunci jam atau telefon bimbit masing-masing agar tidur malam tidak terlajak sehingga melangkaui waktu Subuh.
.
10. Niatlah untuk menghidupkan malam-malam Ramadan dengan amalan qiamullail meskipun hanya dua rakaat solat malam.
.
11. Jangan berhenti berdoa di setiap malam kerana pada malam-malam Ramadan itu, ramai malaikat yang mengaminkan doa hamba-hambaNya yang berdoa.
.
12. Lebih istimewa jika dipilih Allah menemui malam yang padanya penuh rahmat, iaitu malam al-Qadar. Allahumma aaminn.
.
Begitulah, amalan sendiri. Aturkanlah dengan sebaiknya sebelum melangkah ke madrasah Ramadan tahun ini.
.
Berdoalah semoga Allah Taala menetapkan dan memilih kita untuk istiqamah menjalani ibadah dengan sebaik-baiknya.
Sumber: Jentik Hati
The post Persiapan Bertemu Ramadan,12 Amalan Ini Mesti Buat appeared first on Pa&Ma.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source