Shuib dah lali dituduh ‘tunggang’ cerita arwah isteri
Pelawak dan usahawan Shuib dah lali dengan tuduhan netizen yang sering mendakwa dirinya ‘menunggang’ isu berkaitan arwah isterinya, Siti Sarah.
Memetik laporan Harian Metro, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad berkata dia sudah lali dengan kritikan dan dakwaan dia sengaja menggunakan nama arwah untuk meraih simpati.
Shuib dah lali dituduh ‘tunggang’ cerita isteri
Sebaliknya, pelawak berusia 41 tahun itu berkongsi kenangan bersama Siti Sarah dengan niat mengajak orang ramai untuk mendoakan Allahyarham isterinya.
“Isu ini bukan baru, setiap tahun perkara sama berulang. Kalau saya tak kongsi, orang kata saya lupa, tapi kalau saya kongsi, mereka tuduh saya menunggang.
“Hujung-hujung saya rasa lantaklah… Kalau mereka tak nak tengok, tak payah tengok! Saya berkongsi tentang orang rumah saya, bukan orang rumah mereka. Saya ada hak!
“Ada satu ketika saya cuba untuk tidak berkongsi, terutama pada hari ulang tahun dan hari kematian dia… Hati saya sakit dan terasa dengan sikap orang seperti ini. Saya rasa saya pula menzalimi diri sendiri kerana terlalu ikut kehendak mereka,” katanya.
Sering dikecam netizen, Shuib dah lali
Shuib berkongsi perkara ini ketika ditemui di Sidang Media Gempak Most Wanted Award 2024 pada Rabu.
Dalam pada itu, Shuib turut meluahkan rasa terharu terhadap anaknya Talita, yang menyatakan hasrat mahu membersihkan nama keluarganya dari terus menjadi bahan kritikan netizen dalam satu siaran langsung baru-baru ini.
Artikel lain: Shuib & Mamat tarik diri pergi umrah dengan syarikat viral, larang guna wajah untuk promosi
Katanya, dia bangga dengan semangat Talita yang berjanji untuk tidak mengecewakan dirinya dan bercita-cita untuk menjadi seorang penyanyi yang hebat.
“Itu berlaku secara tiba-tiba, saya tak pernah ajar dia cakap seperti itu dan saya juga tak tahu perasaan dia terhadap saya macam mana.
“Sebagai bapa tentu saya sedih tapi bangga kerana dia anak yang ambil berat terhadap saya. Dia juga berjanji untuk menjadi penyanyi sebenar dan tidak akan kecewakan saya,” ujarnya.
Dituduh ‘tunggang’ cerita isteri, Shuib dah lali
Justeru, Shuib menegaskan fokus utamanya kini adalah memastikan anak-anaknya mendapat yang terbaik, khususnya dalam pendidikan, agama, dan minat masing-masing.
Sekadar info, arwah Siti Sarah telah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 selepas bertarung nyawa kerana dijangkiti COVID-19.
Sumber: Harian Metro (Najiy Jefri)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source