KPD Marang ‘basuh’ lepasan SPM buat bising, ditahan & diarah solat asar berjemaah
Sejak semalam, tular di media sosial beberapa video pelajar-pelajar dipercayai lepasan SPM beratur dan dibawa ke balai polis selepas ditahan pihak berkuasa.
Menerusi perkongsian di Facebook Polis Daerah Marang, lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berkenaan menerima padah apabila ditahan dan diarah beratur susulan membuat bising usai menduduki kertas terakhir peperiksaan tersebut.
Lepasan SPM diarah solat asar berjemaah
Difahamkan, mereka juga diminta menunaikan solat asar secara berjemaah di surau di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang.
Ketua Polis Daerah Marang, Superintendan Mohd Sofian Redzuan turut memberikan nasihat kepada mereka keselamatan dan peraturan jalan raya sewaktu dokumentasi dijalankan di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik.
Lepasan SPM terima nasihat dari KPN Marang
Hasil pemeriksaan lanjut mendapati 2 buah motorsikal menggunakan nombor pendaftaran palsu (nombor pendaftaran kenderaan lain) yang di tunggang oleh 2 orang pelajar berumur 17 tahun dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 108 APJ 1987.
Artikel lain: Masih berbaju sekolah, lepasan SPM beratur di balai polis lepas kena ‘angkut’
Ibu bapa dinasihati untuk memantau anak2
Susulan daripada itu Polis IPD Marang menasihati semua para remaja agar mematuhi peraturan jalan raya untuk keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain.
Pihak IPD juga sempat mendoakan agar para pelajar yang sudah ataupun sedang menduduki SPM agar memperoleh keputusan yang cemerlang serta menasihati ibu bapa agar memantau anak-anak supaya mereka tidak terjebak ke kancah tidak sihat.
“Bagi pelajar yang telah selesai atau masih menghadapi perperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM), kami mendoakan agar anda mendapat keputusan yang cemerlang.
“Pihak ibu bapa juga dinasihatkan agar memantau anak anda bagi mengelakkan mereka terjebak dalam aktiviti yang tidak sihat,” tulisnya.
Terdahulu, tular di media sosial rakaman video di TikTok lepasan SPM yang beratur memasuki balai polis trafik selepas ditahan pihak berkuasa.
Motosikal mereka juga dipercayai disita dan ada diantara mereka berada didalam trak polis sewaktu diangkut untuk di bawa ke balai.
Sumber: Facebook Polis Daerah Marang
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source