Menara Kuala Lumpur Bertukar Hijau Setiap Kali Masuk Waktu Maghrib, Isyak
Menara Kuala Lumpur bakal disimbahi sinaran lampu hijau pada setiap malam setiap kali masuknya waktu solat Maghrib dan Isyak.
Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd, Nazli Saad berkata, idea pengcahayaan itu adalah salah satu usaha mereka untuk emndekati komuniti setempat terutamanya masyarakat Islam.
Biarpun cara ini ringkas tetapi ia bermakna untuk memberi inspirasi kepada refleksi dan menggalakkan kebersamaan dalam komuniti kita.
“Inisiatif ini mengukuhkan dedikasi Menara Kuala Lumpur dalam menyumbang kepada masyarakat termasuk menyokong program yang memupuk perpaduan budaya dan sosial,” katanya. Nazli ditemui dalam satu majlis bersama Media Prima.
Sempena bulan-bulan mulia akan datang, beliau turut berkongsi perancangan Menara KL termasuk menganjurkan Majlis Cerapan Rasmi Anak Bulan Ramadan dan Syawal.
Selain itu, ia juga merancang menganjurkan Pertandingan Memasak Bubur Lambuk dan sesi iftar bersama anak-anak yatim serta golongan kurang berkemampuang pada bulan Ramadan.
BACA: Canggih Menara Merdeka 118! Dilancarkan YDP Agong Semalam Dengan Cahaya Laser – Remaja
Dibuka pada setiap hari dari jam 9 pagi sehingga 10 malam, menara berketinggian 421 meter adalah sebahagian daripada ahli-ahli The World Federation of Great Towers iaitu sebuah persekutuan yang dianggotai oleh 50 menara terkenal di dunia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
The post Menara Kuala Lumpur Bertukar Hijau Setiap Kali Masuk Waktu Maghrib, Isyak appeared first on Remaja.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source