Nabil akui tak reti guna IG, tertekan ‘post’ video lama isteri tanpa hijab
Pelawak terkenal, Nabil akui tak reti guna IG hingga terkongsi video lama isterinya tanpa hijab sehingga tular di media sosial sebelum ini.
Memetik laporan dari Mstar, isteri pelawak tersebut, Zira Ayub tampil menjelaskan hal sebenar selepas ramai yang menyangka dirinya sudah menanggalkan tudung sewaktu bercuti di luar negara.
Nabil akui tak reti guna IG, ter ‘throwback’ video lama
Jelasnya, posting tersebut dimuat naik sendiri oleh Nabil sehingga mencetuskan kekecohan tempoh hari.
Dia memaklumkan video rakaman ‘throwback’ tersebut muncul di media sosial pelawak itu dan tanpa sengaja termuat naik ke Insta Story.
“Instagramkan selalu keluar gambar lama (throwback), tapi tak tahu macam mana Nabil termuat naik tanpa sengaja.
“Tu video lama, jadi saya enggan bercakap sebab nanti risau orang lain menambah perkara lain pula,” katanya.
Artikel lain: Bercuti di luar negara, isteri Nabil Ahmad tanggal tudung?
Nabil akui tak reti guna IG, selalu isteri yang jaga media sosial
Dalam pada itu, pemilik nama sebenar, Ahmad Nabil Ahmad, 43 mengakui yang dia memang kurang mahir menggunakan Instagram sehingga termuat naik video lama isterinya tidak menutup aurat.
“Saya tak reti dan tak tahu macam mana boleh termuat naik video lama tu.
“Iyalah selama ini memang isteri yang jaga akaun media sosial,” jelasnya.
Susulan daripada itu, pengacara program realiti Gegar Vaganza itu menyatakan akan lebih berhati-hati dalam dalam menggunakan media sosial kerana bimbang kesilapan yang dilakukan menyebabkan anak-anak turut terkena tempiasnya.
Sekadar info, Nabil dan Zira telah mendirikan rumah tangga pada 30 September 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan, Naira Mikayla, 13, Layla Medyna, 10, dan Mishall Imani yang kini berusia 6 tahun.
Sumber: Mstar (Amin Hazlan)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source