Pekerja sakit dikasari majikan, berang mangsa tak datang kerja 2 hari
Seorang pekerja sakit dipercayai telah dikasari majikannya susulan tular video tersebut di media sosial sehingga mendapat perhatian ramai.
Pekerja sakit dikasari majikan ketika baru naik dari jeti
Dalam video tersebut, dapat dilihat seorang lelaki yang baru sahaja naik dari jeti telah dimarah sebelum dipukul oleh individu dipercayai majikannya yang duduk di atas tong air batu.
Difahamkan, pekerja lelaki itu sudah dua hari tidak datang bekerja dan berada dalam keadaan kurang sihat.
Dia juga dilihat tidak banyak melawan sewaktu dipukul dengan ditendang, ditumbuk di bahagian badan berulang-ulang kali sehingga terduduk di lantai.
Pekerja sakit dikasari majikan rupanya warga asing
Merujuk laporan dari Sinar Harian, lelaki yang menjadi mangsa kekasaran dari majikan adalah pekerja warga asing yang berada dalam keadaan kurang sihat.
Pihak polis juga telah menahan majikan tersebut yang merupakan lelaki tempatan bagi membantu siasatan berhubung kejadian di Jeti Pulau Ketam.
Artikel lain: Pekerja 12 tahun berkhidmat, majikan hadiahkan rumah, kereta & bonus raya
Lelaki yang ada kaitan dengan kejadian tersebut ditahan
Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisoner Cha Hoong Fong, semakan dijalankan pihaknya mendapati kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 3.30 petang pada 11 Januari lalu.
Beliau memberitahu bahawa siasatan telah dijalankan selepas video kejadian dikesan pihak polis kira-kira jam 12.30 tengah hari pada Jumaat.
“Siasatan mendapati mangsa merupakan pekerja kepada suspek, apabila mangsa tiba di pelantar jeti berkenaan, suspek bertindak menumbuk, menendang serta mengugut mangsa.
“Punca kejadian didapati disebabkan mangsa tidak hadir kerja selama dua hari mengakibatkan suspek berang terhadap mangsa,” katanya.
Susulan daripada itu, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan telah membuat tangkapan melibatkan seorang lelaki tempatan dipercayai terlibat memukul mangsa.
“Suspek berumur lingkungan 41 tahun itu diberkas di kawasan Pulau Ketam dan semakan mendapati suspek tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau,” katanya
Pihak polis juga dalam usaha mengesan keberadaan mangsa bagi mendapatkan keterangan lanjut dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan.
Sumber: Sinar Harian (Muhammad Aminnuraliff Mohd Zoki)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source