Dihargai di luar negara, diperah KKM di tanah air sendiri
Kerjaya doktor di Malaysia kerap kali menjadi perbincangan sejak kebelakangan ini apabila ramai petugas dalam bidang tersebut mengeluh kerana merasakan bakti yang mereka curahkan seperti tidak dihargai.
Perkara tersebut turut dinyatakan dalam satu hantaran di Facebook milik Cosmas Daniel Leong yang juga merupakan seorang doktor.
Kerjaya doktor di KKM dan NHS ibarat sebotol mineral yang dijual di jalanan & airport
Beliau yang kini berkhidmat di hospital luar negara telah membuat perbandingan antara National Health Service (NHS) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan mengibaratkan ia seperti harga sebotol air mineral yang dijual di jalanan dan lapangan terbang.
Jelasnya, beliau sama sekali tidak menyesal dengan keputusan meninggalkan KKM walaupun sudah 14 tahun berkhidmat sebelum memilih untuk bertugas di NHS sejak lima tahun lalu.
Gambar sekadar hiasan
Kerjaya doktor di KKM didakwa membebankan
Dedahnya lagi, doktor-doktor di KKM didakwa telah dibebankan dengan pelbagai tugas termasuklah diperkenalkan dengan sistem shift Waktu Bekerja Berlainan (WBB) yang tidak munasabah.
Kredit foto: Kementerian Kesihatan
Artikel lain: Doktor tamatkan riwayat sendiri, adik dakwa tertekan dibuli ketua jabatan
Banyak kelemahan dirasai sepanjang 14 tahun bertugas di Tanah Air
Dalam pada itu, Dr. Cosmas turut menyenaraikan beberapa lagi kelemahan yang dihadapi sepanjang 14 tahun berada dalam KKM dan perkara tersebut sama sekali tidak berlaku sepanjang lima tahun dirinya berada di NHS.
“Berkhidmat di KKM 14 tahun APC = 0,
Berkhidmat di NHS 3 tahun, Clinical Excellence Award = 1 (dapat ganjaran sebulan gaji)
“Berkhidmat di KKM 14 tahun = Punch card perlu disemak dan di hantar ke pengurusan setiap bulan,
Berkhidmat di NHS 4 tahun = tiada sistem punch card, habis kes atau tugasan boleh balik.
“Berkhidmat di KKM 14 tahun = hari-hari kerja, pagi, petang, siang, malam. Masa utk pesakit 24/7, masa utk diri sendiri hampir 0,
Berkhidmat di NHS 4 tahun = bekerja 3 hari seminggu, hari lain waktu untuk diri sendiri.
“Berkhidmat di KKM 14 tahun = bekerja lebih masa dikira amal jariah, bekerja kurang dari masa (8am-5pm) bersedialah dengan surat tunjuk sebab,
Berkhidmat di NHS 4 tahun = bekerja lebih masa layak diberi ganjaran tuntutan kewangan.
“Berkhidmat di KKM 14 tahun = borang tuntutan dikepil bermacam-macam lampiran umpama seperti tidak menggalakkan anda menuntut,
Berkhidmat di NHS 4 tahun = borang tuntutan sekeping kertas (double page),” tulisnya.
Doktor kena tahu nilai diri mengikut keadaan sekeliling
Susulan daripada itu, dia menyatakan bahawa perbandingan-perbandingan tersebut boleh diibaratkan seperti harga air mineral di dua lokasi berbeza iaitu di jalanan dan juga lapangan terbang.
Walau bagaimanapun, beliau menafikan kenyataan dibuat untuk tidak mengalak para doktor berada dalam KKM tetapi menyedarkan mereka bahawa nilai seseorang itu berubah mengikut keadaan sekeliling.
“Hidup ini seumpama air mineral. Botol yang sama, tapi harga berbeza di jalanan dan di lapangan terbang.
“Nilai anda berubah mengikut keadaan sekeliling anda. Bukan untuk tidak menggalakkan anda bekerja di KKM,”tulisnya lagi.
Di akhir perkongsian tersebut, beliau meminta pihak KKM menyedari bahawa doktor-doktor di Malaysia lebih dihargai di luar berbanding di tanah airnya sendiri.
Sumber: Facebook Cosmas Daniel Leong
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source