Ebit Lew syukur menang saman Mondy, perjelas injunksi interim Caprice cuma diangkat
Pendakwah terkenal, Ebit Lew syukur menang saman fitnah terhadap personaliti media sosial Indonesia, Mondy atau nama sebenarnya Dita Restu.
Menerusi hantaran di media sosial, Ebit memaklumkan Mahkamah Seksyen Shah Alam telah memutuskan Mondy perlu membayar pampasan sebanyak RM20,000 kepadanya.
Ebit Lew syukur menang saman
Dalam pada itu, Ebit turut berterima kasih kepada semua pihak yang menyokongnya sepanjang proses perundangan ini.
Dalam perkembangan berkaitan, saman Ebit Lew terhadap penyanyi rap sensasi, Caprice atau Ariz Ramli, yang menyiarkan podcast melibatkan Mondy, dijadualkan untuk perbicaraan pada Mei 2025.
Kes ini telah menarik perhatian umum, terutamanya selepas pihak polis menasihatkan Caprice untuk tidak menayangkan bahagian seterusnya podcast bersama Mondy bagi menghormati siasatan yang sedang dijalankan.
Bukan Caprice menang injunksi ke?
Disoal mengenai kenyataan dimuat naik Caprice semalam yang menyatakan kemenangan berpihak padanya, Ebit atau nama penuh, Ebit Irawan Ibrahim menjelaskan penyanyi itu cuma menang kes injunksi.
“Itu injunksi, bukan saman. Injuksi perintah mahkamah untuk seseorang tidak boleh bercakap tentang orang lain.
“Dia (Caprice) merayu Mahkamah Tinggi nak tarik injuksi bebas nak bercakap. Jadinya, injuksi diangkat,”balasnya di ruangan komen apabila ditanya warganet.
Artikel lain: Caprice luah rasa syukur, menang kes injunksi interim Ebit Lew
Terdahulu, Ebit memperoleh perintah injunksi interim bagi menghalang penyanyi tersebut dan pempengaruh media sosial Indonesia, Mondy Tattoo daripada mengeluarkan kenyataan mencemarkan reputasi dan berbentuk ugutan.
Perintah itu dikeluarkan Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 5 Oktober 2023, terhadap Caprice dan Mondy selepas wanita tersebut pernah disantuni oleh Ebit akibat kesusahan hidup sebagai gelandangan.
Mahkamah juga mengarahkan kedua-dua individu berkenaan untuk memadam satu rakaman di laman YouTube Nustix.com The Podcast Show serta lima video di Instagram penyanyi rap itu dalam tempoh 24 jam selepas perintah injunksi sementara dikeluarkan.
Sumber: FB Ebit Lew
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source