Pernah gagal jadi suami, Nazim Othman enggan berkahwin lagi elak lukai hati wanita
Pelakon kacak, Nazim Othman enggan berkahwin lagi dengan alasan enggan melukai hati orang lain selepas pernah gagal menjadi seorang suami satu ketika dahulu.
Perkara tersebut dinyatakan pemilik nama sebenar, Nushrul Alif Othman apabila mengakui sedikit beremosi selepas menonton sedutan drama popular, Curang Tanpa Niat.
Nazim Othman enggan berkahwin lagi, bersyukur bekas isteri dapat suami yang lebih baik
Walaupun tidak dapat menjadi suami yang sempurna ketika masih berumah tangga, Nazim akui dirinya cukup bersyukur kerana bekas isteri kini bahagia dengan suami sekarang yang lebih baik.
Dia juga menyatakan tidak mahu berkahwin lagi buat masa ini.
“Dalam realiti, saya gagal menjadi suami juga. Walau bagaimanapun, saya bersyukur Allah telah menjodohkan bekas isteri dengan lelaki yang baik sebagai suaminya,” ujarnya.
Artikel lain: Dapat nasihat tak perlu kahwin, Syafinaz Selamat dah ‘survey’ rumah orang tua
Nazim Othman enggan berkahwin lagi, rela membujang
Nazim juga menjelaskan dia rela membujang daripada melukai orang lain terutamanya wanita yang akan menjadi pasangannya nanti jika berumah tangga.
Dalam pada itu, pelakon drama Jadikan Aku Bidadari berkenaan juga berkongsi beberapa jawapan daripada soalan yang kerap diterima berkenaan dirinya yang masih lagi solo hingga ke saat ini.
Sekadar info, Nazim Othman pernah mendirikan rumah tangga pada 10 September 2016 dengan pelakon, Bella Dally.
Namun, rumah tangga mereka tidak bertahan lama apabila berpisah secara sah pada 17 Mei 2018 tanpa dikurniakan cahaya mata.
Sumber: Instagram nazimothman
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source