Tuti Noor Kecewa Sesetengah Kempen Fesyen Hari Raya Masih Tampilkan Model ‘Mat Saleh’
Tuti Noor bukanlah nama asing dalam persada fesyen tempatan.
Bertahun-tahun mewarnai kempen fesyen dan pentas peragaan Malaysia dan antarabangsa, supermodel lokal berusia 33 tahun ini juga pernah membawa nama negara di pertandingan pencarian peragawati terkenal, Asia’s Next Top Model pada tahun 2016.
Di pentas antarabangsa juga, Tuti terpilih untuk melebarkan sayap ke Timur Tengah apabila berjalan untuk jenama Rizman Ruzaini di acara Dubai Fashion Week serta menjadi wajah kempen musim luruh/dingin 2024.
Jadi kita semua tahu, Tuti sudahpun melalui asam garam industri fesyen di Malaysia dengan pengalaman luas yang dimilikinya.
Justeru apabila Tuti menempelak beberapa jenama fesyen tempatan disebabkan isu pengambilan model berkulit putih bagi kempen koleksi pakaian Hari Raya, she knows what she is talking about and she has had enough.
Menerusi hantaran berangkai di platform Threads, beliau merasakan isu ini seakan tiada kesudahan apabila ia sering berulang setiap kali tibanya pra-musim perayaan.
Model dari Malaysia tanpa mengira latar belakang dari kaum Melayu, Cina mahupun India dipinggirkan, sebaliknya, model berkulit putih diagungkan sebagai penghias wajah kempen.
Adakah ia demi melariskan koleksi mereka? Adakah ia untuk menyamai aras kempen-kempen jenama antarabangsa? Hanya pihak jenama yang tahu.
Di mata pemain industri seperti Tuti sendiri, mereka sudah lali dengannya dan enggan lagi mendiamkan diri, melayan kekecewaan dengan isu yang sama.
“Topik ini sudah basi tetapi saya masih merasakannya lucu apabila orang luar lebih menghargai kulit sawo matang. Tidak perlu (melihat) jauh lah, lihat sahaja ke arah Indonesia. Mereka sentiasa menyokong model-model tempatan. Hasilnya tetap international!
“Terimalah, dan percayalah; #OurLocalModelsCan,” ulasnya.
Sambil memberikan beberapa contoh jenama fesyen dari Indonesia yang mampu menghasilkan foto-foto kempen menarik dengan menampilkan peragawati tempatan mereka, Tuti menyeru agar industri fesyen Malaysia turut bertindak sedemikian.
“Kita ada Atikah Karim, Gwen Lu, Riszman Zidaine, eh ramai lagi nak senaraikan kesemua model ini yang telah lebarkan sayap ke peringkat antarabangsa. (Indonesia) menghargai keunikan orang mereka sendiri. Kalau bukan kita, siapa lagi yang nak mengangkat Malaysia di mata dunia?” tegasnya.
BACA: Model Malaysia, Ridzman Zidaine Kuasai Pentas Peragaan Eropah! – Remaja
BACA: Nina Amin Is Breaking Through : Kikis Rasa Malu Demi Kerjaya ‘Modelling’ – Remaja
Sebagai salah seorang peragawati yang sering membawakan mesej ’embrace your uniqueness’ di laman media sosial, mesej dari Tuti ini hadir dengan niat agar Malaysia berdiri sama taraf dengan negara-negara serantau dalam mendukung identiti fesyen negara.
Sampai bila nak agungkan orang luar?
FOTO: Tuti Noor & Rizman Ruzaini
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Download seeNI sekarang!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source