Dendam kena tindas di tempat kerja disyaki jadi punca lelaki bakar 9 rumah penduduk
Dendam kena tindas di tempat kerja dipercayai menjadi punca utama seorang lelaki membakar sembilan buah rumah penduduk sejak pertengahan bulan lalu di Kupang, Baling, Kedah.
Memetik laporan dari Sinar Harian, Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh memaklumkan seorang lelaki berusia 23 tahun telah ditahan pada 12.30 tengah malam Isnin bagi membantu siasatan berhubung beberapa kejadian kebakaran tersebut.
Dendam kena tindas disyaki jadi punca khianat
Ujarnya, sembilan kes kebakaran dengan api telah dilakukan seorang penganggur disyaki berpunca daripada perasaan dendam selepas kerap dibuli ditempat kerja.
Difahamkan, suspek juga turut dipulaukan penduduk setempat yang sebahagiannya adalah individu yang dikenali suspek.
“Suspek juga dipulaukan penduduk setempat dengan sebahagian daripada mangsa dikenali suspek.
Suspek sebelum ini bekerja di sebuah kilang getah dan berhenti kira-kira tiga bulan sebelum kebakaran pertama,” katanya.
Artikel lain: “Nyawa lagi penting” -Penerjun ‘landing’ atas bumbung, tuan rumah tak minta ganti rugi
Lelaki dipercayai dendam kena tindas ditempat kerja, dipulaukan kenalan
Dalam pada itu, Datuk Fisol juga memberitahu modus operandi suspek adalah dengan mencurahkan petrol ke atas motosikal lalu membakarnya sebelum ia merebak ke kawasan kediaman.
“Kebakaran sembilan rumah termasuk dua kenderaan dan 18 motosikal melibatkan kerugian RM770,000.
“Suspek direman sehingga Sabtu ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan (Akta 574),” ujarnya.
Terdahulu, beberapa siri kebakaran telah berlaku di Kupang, Baling sehingga mengundang kerisauan penduduk.
Mereka percaya bahawa kejadian yang berlaku mempunyai kaitan antara satu sama lain sejak pertengahan Disember tahun lalu sehingga awal bulan ini.
Sumber: Sinar Harian (Roshila Murni Rosli)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source