Rakyat nikmati bantuan tol musim perayaan sejak 2023
Pemberian diskaun 50 peratus dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2025 adalah sambungan kepada bantuan tol percuma musim perayaan sebelum ini oleh Kerajaan MADANI.
Rakyat nikmati bantuan tol musim perayaan sejak 2023
Jika dilihat, rakyat Malaysia telah menikmati bantuan tol meliputi keempat-empat musim perayaan utama iaitu Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas di Semenanjung sejak tahun 2023.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini bersetuju bahawa pengguna lebuh raya di negara ini akan menikmati diskaun tol sebanyak 50 peratus bermula pukul 12.01 tengah malam 27 Januari dan berakhir 11.59 malam 28 Januari.
“Sepanjang tempoh tersebut, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM356.18 juta sebagai pampasan bagi pelaksanaan bantuan Tol Percuma Musim Perayaan dari 2023 hingga 2024,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ia melibatkan kenderaan persendirian Kelas 1 sahaja di semua plaza tol, namun tidak melibatkan plaza tol di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Lebuh Raya Utara Selatan dan Plaza Tol Tanjung Kupang Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA).
Artikel lain: KKR peruntuk RM293.7 juta bagi Johor untuk penyelenggaraan jalan dan cerun
Sementara itu, Nanta menjelaskan pengumuman beliau berhubung pemberian tol percuma musim perayaan yang sepatutnya berakhir pada perayaan Krismas tahun lalu adalah berdasarkan keputusan mesyuarat Kabinet pada 20 Disember 2024.
“Mesyuarat Jemaah Menteri pada hari ini bersetuju memberikan diskaun tol 50% sempena perayaan Tahun Baharu Cina 2025 selaras dengan agenda Kerajaan MADANI dalam menjaga perpaduan dan kesejahteraan rakyat.
“Ia didukung oleh kedudukan kewangan Kerajaan yang kukuh hasil dari program rasionalisasi subsidi serta peningkatan pelaburan dan perdagangan,” ujarnya.
Selasa lalu, Nanta berkata kerajaan memutuskan untuk menghentikan pemberian tol percuma pada musim perayaan susulan hasil perbincangan dalam mesyuarat Kabinet tahun lalu, namun akan diganti dengan pendekatan yang lebih bersasar.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata kerajaan sedang memperincikan berhubung pendekatan lebih bersasar tersebut untuk pemberian tol percuma pada musim perayaan kepada golongan B40 dan M40.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source