Tak mahu kenangan, gadis putus tunang jual barang hantaran
Tular di media sosial seorang gadis putus tunang lalu menjual barang hantarannya kerana tidak mahu menyimpan sebarang kenangan yang mengingatkan bekas tunangnya.
Menerusi satu hantaran di TikTok, hanieyaliey telah memuat naik beberapa foto memaparkan dirinya dan barang-barang hantaran yang mahu dijual.
Gadis putus tunang jual barang hantaran sebab tak nak kenangan
Menurut wanita tersebut, dia sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada tahun ini namun talian pertunangannya dengan bakal suami hanya mampu bertahan selama enam bulan.
“Pertunangan kami hanya mampu bertahan enam bulan saja kerana Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Sepatutnya kami berkahwin pada tahun ini,” katanya.
Susulan itu, wanita tersebut mengambil keputusan untuk menjual barang hantarannya kerana tidak mahu menyimpan sebarang kenangan bersama bekas tunang.
“Oleh kerana itu, saya telah membuat keputusan untuk menjual barang hantara saya. Keputusan saya untuk tidak menyimpan dan memakainya adalah kerana saya tidak mahu meninggalkan apa-apa kenangan lagi.
“Harap kalian dapat membantu saya, terima kasih,” ujarnya.
Antara barangan yang dijual oleh wanita tersebut adalah jam tangan, minyak wangi, telekung jenama Siti Khadijah, kasut jenama Skeechers dan kasut tumit tinggi yang ditempah khas dari Indonesia.
Wanita itu juga telah menurunkan harga barangan tersebut dari harga asal termasuk menampung bayaran hantaran menerusi pos kepada sesiapa yang mahu membelinya.
Gadis putus tunang, sepatutnya berkahwin tahun ini
Dalam pada itu, wanita tersebut menjelaskan bahawa dia dan bekas tunangnya telah membeli barangan hantaran sendiri kerana tidak ada masa untuk membeli bersama.
Oleh itu, dia masih menyimpan barang hantaran untuk dirinya sendiri dan kini mahu menjualnya bagi melupakan kenangan lalu.
Artikel lain: 24 tahun tak minum manis, wanita penghidap SLE disahkan diabetes
“Sebenarnya kami ambil keputusan untuk beli barang hantaran sendiri memandangkan kami jauh (pjj),” jelasnya.
Menjengah ke ruangan komen, penjualan barang-barang tersebut menerima sambutan hangat kerana ramai warga maya yang bertanya soalan berkaitan barangan itu.
Nak kasut
Kasut nikah ada lagi?
Jam tangan macam mana nak beli?
Pada masa yang sama, ramai juga warganet yang meluahkan rasa simpati terhadap wanita tersebut dan mendoakan agar urusannya dipermudahkan.
Semoga urusan dipermudahkan
Saya pun sepatutnya kahwin awal tahun ni
Gadis putus tunang, Sabar ye…
Allah sebaik-baik perancang
Takpe akak, bertunang tu tujuan mencari redha dan izin
Apapun kisah di sebalik pertunangan akak ni, semoga urusannya dipermudahkan…
Sumber: TikTok hanieyaliey
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source