Sophia Albarakbah tak sengaja tayang lurah, cuma pakai baju ditaja
“Sebenarnya saya tidak tahu apa-apa tentang isu penampilan seksi sehinggalah seseorang memberitahu saya. Saya hanya menggayakan baju ditaja.
“Terima kasih kepada semua yang prihatin tentang penampilan saya. Saya akan lebih berhati-hati dalam memilih pakaian,”ujar aktres berusia 32 tahun itu.
Sophia Albarakbah tak sengaja tayang
Dalam masa sama, Aktres Filem Popular, Anugerah Bintang Popular ke-35 itu menafikan dakwaan dirinya sengaja mencipta kontroversi untuk tujuan publisiti.
“Kita tidak boleh elak daripada kecaman orang, ia bukan sesuatu yang baru malah nanti akan ada lagi orang bercakap tentang saya.
“Saya tahu sebagai seorang figura, kita perlu berdepan dengan kecaman-kecaman ini.
“Saya tidak rasa sengaja cetuskan kontroversi, saya hidup macam biasa sahaja tetapi orang memilih bercakap tentang saya,” ujarnya. lagi.
Artikel lain: Makin seksi! Netizen dakwa Sophia Albarakbah sengaja tayang lurah -“Berani tunjuk aset..”
Terdahulu, pelakon drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen di media sosial selepas penampilannya dikatakan terlalu seksi.
Menerusi hantaran seorang jurusolek di Instagram, Sophia dilihat menggayakan busana hitam yang menampakkan lurah dadanya ketika menghadiri sebuah acara fesyen baru-baru ini.
Dalam perkembangan lain, Sophia menjadi wajah rakan strategik butik Amber iaitu sebuah jenama di bawah Usanita Sdn Bhd menumpukan pada produk kecantikan dan fesyen.
Selain Sophia, pelakon Awal Ashaari, Scha Alyahya, Aina Abdul, Nora Danish dan Fattah Amin turut dipilih sebagai wajah rakan strategik Amber.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source