Tragedi Konvoi Di Thailand, Dua Beradik Hilang Ibu Ayah Sekelip Mata
Pagi yang sepatutnya diiringi dengan keriangan bertukar menjadi mimpi ngeri apabila sepasang suami isteri, Mohd Sofi Ismail dan Zaimima Ismail, masing-masing berusia 43 tahun, dilaporkan maut dalam kemalangan tragis di Chumphon, Thailand.
Dalam kejadian pukul 10.30 pagi Isnin, pasangan ini yang juga peniaga roti canai di Pongsu Seribu, Kepala Batas di sini disahkan meninggal dunia akibat cedera parah dengan menaiki motosikal berkuasa tinggi Kawasaki GTR1400.
Memetik laporan Harian Metro, difahamkan, pasangan ini dalam perjalanan pulang ke Pulau Pinang selepas hampir dua minggu berkonvoi bersama rakan-rakan lain di Thailand.
“Semasa kejadian hujan dan keadaan jalan licin menyebabkan motosikal ditunggang arwah bersama isteri terbabas sendiri. Mereka disahkan meninggal dunia di lokasi dan mayat dibawa ke Hospital Chumphon.”
Muhammad Arashid berkata, dia masih terkejut dengan berita kematian rakan baiknya yang dikenali sejak lebih 10 tahun lalu ketika menyertai kumpulan motosikal berkuasa tinggi.
Dia yang menyifatkan suami isteri itu sebagai rakan yang baik berkata, pasangan terbabit tidak pernah berpisah dan sentiasa bersama kerana berkongsi minat terhadap motosikal berkuasa tinggi.
“Arwah mempunyai dua anak lelaki berusia 20-an yang baru saja melangsungkan perkahwinan dua bulan lalu dan seorang lagi berusia 12 tahun. Saya dimaklumkan kedua-dua anak arwah juga baru tahu mengenai kehilangan ibu bapa mereka.
“Kami sangat rapat kerana sentiasa berhubung dalam kumpulan sembang WhatsApp dan sudah tentu saya sangat sedih dengan kehilangan mereka. Saya akan bantu menguruskan dua van jenazah di Bukit Kayu Hitam,” katanya.
JENAZAH SUAMI ISTERI SATU LIANG LAHAD
Memetik laporan Astro awani, jenazah pasangan suami isteri selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Darul ‘Ulum Merbau Pulas, pada awal pagi, Selasa.
Jenazah Mohd Sofi Ismail,43, dan isteri, Zaimima Ismail, 43, dikebumikan dalam satu liang lahad kira-kira jam 5.30 pagi tadi.
Lebih 200 terdiri dari ahli keluarga dan rakan Allahyarham hadir untuk memberi penghormatan terakhir.
Sumber: Harian Metro
The post Tragedi Konvoi Di Thailand, Dua Beradik Hilang Ibu Ayah Sekelip Mata appeared first on Pa&Ma.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source