Asal Usul Prinsip Yin Dan Yang Dalam Budaya Cina.
Kita selalu dengar tentang prinsip Yin dan Yang yang banyak digunakan dalam pelbagai aspek kehidupan serta budaya masyarakat Cina. Tapi, tahukah anda, sejarah dan asal usul Yin dan Yang ini?
Kedua-duanya adalah konsep asas dalam falsafah, perubatan, dan budaya Cina secara umum. Seperti yang digambarkan oleh simbol bulatan hitam dan putih Yin dan Yang, setiap sisi mempunyai unsur yang lain pada terasnya (diwakili oleh titik-titik kecil).
Dalam mitologi Cina, Yin dan Yang ini lahir akibat kekacauan ketika alam semesta pertama kali dicipta dan mereka dipercayai wujud dalam harmoni di tengah-tengah Bumi.
Semasa penciptaan, pencapaian keseimbangan mereka dalam telur kosmik membolehkan kelahiran Pangu (atau P’an ku), manusia pertama. Di samping itu, tuhan pertama Fuxi, Nuwa dan Shennong dilahirkan daripada Yin dan Yang.
Dalam agama Cina, penganut Tao memihak kepada Yin manakala penganut Confucianisme memihak kepada Yang selaras dengan fokus utama falsafah masing-masing. Penganut Tao menekankan pengasingan sementara penganut Confucianisme percaya akan kepentingan keterlibatan (engagement) dalam kehidupan.
Falsafah Yin Yang mengatakan bahawa alam semesta terdiri daripada kuasa gelap dan terang yang bersaing dan saling melengkapi, matahari dan bulan, lelaki dan perempuan.
Keseimbangan Yin dan Yang adalah penting. Jika Yin lebih kuat, Yang akan jadi lebih lemah, begitu juga sebaliknya. Yin dan Yang boleh bertukar dalam keadaan tertentu dan kedua-duanya takkan berdiri sendiri sahaja.
Jika dilihat daripada simbol Yin Yang (simbol Tai Chi) ini, ia terdiri daripada bulatan yang dibahagikan kepada dua bahagian dengan garis melengkung. Satu separuh daripada bulatan berwarna hitam, biasanya mewakili bahagian Yin; satu lagi putih, untuk sebelah Yang. Titik bagi setiap warna terletak berhampiran bahagian tengah bahagian yang lain.
Titik putih di kawasan hitam dan titik hitam di kawasan putih menandakan kewujudan bersama dan perpaduan yang bertentangan untuk membentuk keseluruhan. Garis melengkung menandakan bahawa tidak ada pemisahan mutlak antara dua yang bertentangan. Simbol Yin Yang, kemudian, merangkumi kedua-dua belah pihak: dualiti, paradoks, perpaduan dalam kepelbagaian, perubahan, dan keharmonian.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source