Kulit wajah belum matang, Scha Alyahya didik 2 anak perempuan tak bersolek -“Belum masanya..”
Pelakon Scha Alyahya didik dua anak perempuannya untuk tidak bersolek seawal usia muda, sebaliknya mementingkan penjagaan kulit wajah.
Scha atau Sharifah Nor Azean binti Syed Mahadzir Al-Yahya berkata, dia memandang serius mengenai fenomena penggunaan mekap dalam kalangan kanak-kanak.
Dalam pada itu, aktres berusia 42 tahun itu akui membesarkan anak perempuan merupakan cabaran besar.
Namun, isteri kepada pelakon Awal Ashaari itu percaya bahawa asas yang kukuh dalam diri membentuk jati diri kuat.
“Pendekatan Scha membesarkan dua anak perempuan sangat mencabar. Saya mulakan di rumah dengan memberitahu mereka that you are strong and you are kind.
“Bagi Scha dua benda itu sangat-sangat penting,” katanya dalam video dimuat naik di platform Majoriti.
Artikel lain: Ditegur pakai skirt lagi pendek daripada anak, Scha Alyahya akui silap & mohon maaf
Scha Alyahya didik 2 anak perempuan tak bersolek
Dedah pelakon drama Awan Dania, anak sulungnya iaitu Lara Alana yang kini berusia 11 tahun sudah mula menunjukkan minat terhadap alat solekan selepas melihat rakan-rakannya mula mengoles kosmetik.
Sebagai ibu yang berpegang pada nilai tradisional, Scha menyarankan agar Lara tidak ke arah berselek, lebih-lebih lagi kulit wajahnya masih belum matang dan harus dibiarkan alami tanpa gangguan bahan kimia yang tidak diketahui.
Katanya lagi, dia juga mahu menanamkan keyakinan diri dalam diri anaknya tanpa mengharapkan perubahan fizikal terlalu drastik.
“Saya seorang yang agak tradisional dan konvensional, pandangan Scha tak perlu lagi. You are fine the way you are.
“Sejak setahun, dua tahun lepas, dia (anak bongsu, Lyla Amina) memang suka mekap. Tak tahulah siapa yang ajar dia.
“Scha selalu berbual dengan Awal, kelainan Scha seorang yang lasak dan tidak suka mekap. Jadi, kami pelik, Lyla ikut perangai siapa?”ujar Scha Alyahya.
Pun begitu, Scha berkata, minat anak-anak terhadap mekap adalah perkara biasa berlaku ketika membesar, tetapi beliau menganggapnya sebahagian dalam proses perkembangan.
“Kadang-kadang kita tak tahu apa yang kita letak dekat muka kita. Tetapi, tidak salah pun selagi kita tahu apa yang kita pakai.
“Biar mekap itu tampak minimum. Tak payah terlalu nak ikut trend.
“Scha selalu cakap dekat Lara, apa yang penting ialah perlindungan kulit daripada sinaran matahari (sunscreen)berbanding penggunaan mekap.
“Sebab bagi Scha, kulit mereka masih lagi elok. Jadi, kita jangan kacau benda yang dah elok,” jelasnya.
“Asalkan benda itu selamat, you can give it a try,” tambah Scha
Sekadar info, Scha mendirikan rumah tangga dengan Awal Ashaari pada 4 May 2012. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak perempuan iaitu Lara Alana dan Lyla Amina.
Sumber: TikTok majoritiofficial
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source