Ada 13 Keping Lidah Emas Ditemui Dalam Makam Mumia Mesir?
Bulan Disember lepas, pasukan penyelidikan tamadun Mesir Purba telah menemui 13 keping lidah emas di setiap makam mumia yang terletak di kota purba Oxyrhynchus yang lokasinya 160 kilometer dari selatan ibu kota Cairo.
13 buah makam mumia itu ditemui dalam sebuah dewan yang terdiri dari tiga bilik. Kesemua mumia itu berasal dari kerabat yang hidup pada zaman Ptolemaik, iaitu sekitar tahun 304 hingga 30 SM.
Banyak artifak-artifak ditemui yang juga berasal dari era Ptolemaik dan Empayar Rom, termasuklah 13 keping lidah emas ini. Kenapa lidah emas ini ada bersebelahan dengan mumia? Adakah ia sebahagian dari ritual pengebumian yang tidak pernah kita ketahui?
Orang Mesir Purba percaya dengan alam selepas kematian atau berzakh, di mana roh manusia akan ditimbangkan dahulu sebelum akhirnya menuju ke alam sana. Penggunaan lidah emas sebenarnya sebahagian tradisi pengebumian mereka.
Selepas meninggal dunia, segala peralatan dan barangan mestilah disediakan untuk pastikan kesemua barang tersebut ‘bersama-sama’ si mati apabila menuju ke alam sana. Lidah emas pula harus ‘dipakaikan’ supaya si mati dapat berkomunikasi dengan para roh.
Emas pula digelar sebagai ‘darah daging para dewa’ , sebagai simbolik kuasa dewa-dewi dan kesucian. Maka, lidah emas diperlukan sebagai cara berkomunikasi dengan para dewa di alam sana.
Biasanya mumia bersama lidah emas itu mempunyai status sosial yang tinggi, berkemungkinan salah satu ahli keluarga bangsawan yang terlibat dengan kuil atau kultus haiwan.
Banyak lagi artifak-artifak menarik selain lidah emas: rantai kumbang scarab, dewa-dewi seperti Horus (dewa langit dan matahari), Thoth (dewa kebijaksanaa), dan Isis (dewi kesembuhan), dan beberapa rantai berupa gabungan beberapa dewa.
Dikeliling 13 buah makam juga terdapat lukisan dinding yang masih terpelihara. Lukisan dinding itu menceritakan tentang seorang pemilik kawasan kuburan bernama Wen-Nefe ditemani oleh para dewa-dewi. Kesemua mereka menaiki bot dan dewi langit bernama Nut yang badannya mengelilingi dunia dihiasi dengan bintang-bintang.
Dengan kesemua penemuan ini, kota purba Oxyrhynchus ternyata masih kaya dengan budaya Mesir Purba walaupun telah masuk era Ptolemaik, di mana keturunan jeneral yang taat kepada Alexander memerintah Mesir.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source