Ada Air Terjun Di Kanada Hasilkan Kon Ais?
Fenomena semula jadi begitu mengasyikkan, dari pembentukan pelangi yang sehinggalah ke petir yang menggerunkan! Ada satu fenomena unik terjadi di Helmcken Falls yang terletak di Kanada, di mana terbentuknya kon ais hasil dari aliran air terjun!
Helmcken Falls terletak di Taman Wilayah Wells Gray, British Columbia. Air terjun ini merupakan air terjun keempat tertinggi di Kanada dengan ketinggian 141 meter.
Apabila tibanya musim sejuk, suhu di lokasi air terjun itu mendadak jatuh ke bawah sifar darjah Celsius. Akibat dari suhu ini, semburan air dari aliran air terjun membeku di udara sebelum jatuh ke tanah.
Dari pembekuan semburan air itu terhasilnya sebuah kon ais gergasi di sekitar dasar air terjun! Ketinggian kon ais itu kadangkala mencapai setinggi 60 meter, hampir separuh dari ketinggian air terjun tersebut!
Fenomena unik ini hanya terjadi pada musim sejuk kerana pembentukan kon ais memerlukan suhu yang sangat sejuk. Tekanan air yang tinggi mengakibatkan semburan air sejauh 200 meter dari dasar air terjun juga antara faktor penting bagi penghasilan kon ais gergasi itu.
Zarah-zarah air ini membeku di udara, kemudian membentuk kristal ais dan berkumpul sehingga terbentuknya kon ais gergasi! Seolah-olah, air terjun Helmcken Falls ‘membina’ kon ais unik ini di kawasan dasarnya!
Manusia sendiri sukar nak meniru kejadian unik dari air terjun tersebut! Jika nak lihat sendiri fenomena pembentukan kon ais itu, waktu yang sesuai ialah akhir bulan Januari hingga Februari. Waktu inilah kon ais yang terbentuk mencapai ketinggian maksimum!
Helmcken Falls juga dijadikan sebagai ‘barometer semula jadi’, di mana ia membawa mesej penting tentang perubahan iklim. Jika pembentukan kon ais berkurang, saintis dapat ketahui bahawa suhu dunia semakin meningkat akibat pemanasan global.
Jadi, Helmcken Falls bukan sekadar menjadi kawasan tarikan pelancong yang meminati fenomena semula jadi, malah menjadi ‘isyarat’ kepada dunia akan perubahan iklim yang membimbangkan!
Tapi menjelang bulan April, kon ais telah mencair daj tinggal saki-baki kon saja. Sehinggalah ke Januari tahun depan, Helmcken Falls sekadar air terjun biasa saja. Walau bagaimanapun, air terjun ini tetap dijadikan sebagai lokasi kajian bagi ahli klimatologi (kaji iklim) bagi mencari sebarang petunjuk perubahan iklim melalui penyusutan kon ais.
Inilah keunikan dan keindahan air terjun Helmcken Falls! Bukan sekadar sajikan keindahan fenomena alam yang unik, malah menjadi barometer untuk kita mengingati akan perubahan iklim yang membimbangkan!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source