Dongba: Tulisan Bergambar Kuno Di Tibet Yang Masih Bertahan!
Tulisan biasanya lahir dari barisan bergambar yang menjelaskan tentang kisah hidup seharian atau sebagai rekod aktiviti. Antara tulisan bergambar ialah cuneiform dari tamadun Mesopotamia dan hieroglif dari tamadun Mesir Purba.
Disebabkan kemajuan tamadun zaman-berzaman, tulisan juga ikut berevolusi sehinggalah wujudnya tulisan-tulisan yang kita kenal sekarang. Tapi ada sistem tulisan bergambar yang masih kekal diamalkan oleh warga Tibet, China walaupun semakin tidak ramai yang amalkan!
Tulisan bergambar yang saya maksudkan ialah tulisan Dongba. Tulisan atau simbol Dongba ialah tulisan bergambar atau piktograf kuno yang diamalkan oleh kaum Naxi di selatan China. Tulisan ini pertama kali direkodkan pada abad ke-7 Masihi, tapi kajian terkini menunjukkan bahawa tulisan ini berusia 7,000 tahun!
Pertama sekali, kita mengenali dulu kaum Naxi ini. Mereka ialah kaum yang telah lama menetap di pergunungan Yunnan selama beribu-ribu tahun. Sekarang, populasi kaum Naxi hanyalah 270,000 orang menetap di kota Lijiang.
Tulisan yang mempunyai 1,300 buah simbol ini mempunyai rupa hampir sama dengan tulisan hieroglif tamadun Mesir Purba tapi ada beberapa simbol agak berlainan rupanya.
Tulisan ini banyak ditemui dalam skrip-skrip yang mengisahkan sejarah kelahiran kaum dan cara-cara menghalau hantu. Kaum Naxi juga mempunyai buku ensiklopedia sendiri yang mencatatkan cara hidup, kepercayaan, cara berpakaian, dan segala pantang larang.
Sistem tulisan Dongba begitu unik, bukan sekadar menggambarkan satu benda, malah memberitahu cara sebutan yang berbeza. Contohnya simbol gaung yang terang-terangan bermaksud ‘gaung’, tapi boleh juga disebut sebagai ayam jika rupa ayam dilukis dalam lukisan gaung.
Jika simbol-simbol ditulis secara terbalik, itu bermaksud tulisan itu bersifat perbincangan. Jika garisan dilukis antara lukisan orang, ia bermaksud bergaduh. Kalau lukisan haiwan tanpa mata, ia bermaksud haiwan tersebut mati.
Skrip-skrip tulisan Dongba biasanya ditulis oleh para pendeta Naxi itu sendiri kerana ia berkaitan dengan agama kuno mereka. Agama yang mereka anuti itu ialah Tibetan Bön, sebuah agama tentang hubungan manusia dan alam.
Jadi, tulisan Dongba itu lahir dari agama Tibetan Bön, kemudian menjadi bahasa ibunda kaum Naxi. Sekitar tahun 1940-an, seramai lebih 4,000 orang pendeta Dongba Naxi. Kemudian, bilangan para pendeta berkurang akibat Revolusi Komunis di China pada tahun 1949.
Dengan meng-komunis-kan kaum Naxi dengan membakar manuskrip-manuskrip Dongba dan mengubah gaya hidup mereka, bilangan pendeta yang memahami tulisan Dongba hanyalah sekitar 60 orang dan kesemua mereka berusia 70 tahun ke atas.
Menyedari kesilapan dari kerajaan China sendiri, pihak kerajaan berusaha memelihara kaum Naxi serta tulisan Dongba supaya tidak pupus ditelan zaman. Sebanyak 30 buah buku tentang belajar tulisan Dongba diterbitkan dan ramai pelajar melawat kota Lijiang terutamanya ke Muzium Donga untuk memahami kaum Naxi.
Pada tahun 1980-an, subjek tulisan Dongba mula diajar kepada pelajar-pelajar kota Lijiang dan ada universiti yang mempunyai kursus berkaitan dengan kajian tulisan Dongba dan penyelidikan skrip-skrip Dongba.
Dengan usaha menyelamatkan tulisan kuno oleh kerajaan China, tulisan Dongba diiktiraf sebagai satu-satunya tulisan bergambar kuno yang masih lagi diamalkan!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source