Wanita pakai wangian sehingga dihidu orang lain diibarat seperti berzina
Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus menegaskan golongan wanita dilarang untuk memakai minyak wangi berlebihan sehingga dihidu oleh orang ramai.
Beliau berkata, wanita demikian diibaratkan seperti berzina atau sebagai perempuan jahat kecuali memakai wangian untuk suami di rumah.
Wanita pakai wangian
“Nabi pernah berkata, jika wanita itu memakai bauan sehingga dapat dihidu orang lain atau khalayak ramai, dia diibaratkan seperti berzina atau sebagai perempuan jahat.
“Orang perempuan boleh pakai minyak wangi berlebihan, tetapi hanya untuk suaminya di rumah sahaja,” ujarnya.
Azhar menjelaskan perkara tersebut dalam satu sesi soal jawab agama baru-baru ini.
Tegasnya, perkara tersebut sudah dilarang sejak dulu lagi namun, kaum lelaki pula dibenarkan untuk memakai wangian secara berlebihan.
Artikel lain: Disertai UAI, lebih 15,000 rakyat Terengganu sambut Tahun Baharu dengan aktiviti keagamaan
Wanita pakai wangian
“Tengok orang perempuan sekarang, kalau di rumah mana ada nak lawa-lawa, bau-bau wangi. Banyak bau busuk dari ketiak mereka.
“Tapi kalau keluar pergi pejabat atau kenduri, mereka lah yang paling kuat, hukumnya adalah haram. Kena ingat wahai golongan wanita,” katanya lagi.
Sumber: Facebook @Amal dan Sebar
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source