Ada Unikorn Dalam Budaya Mitos Cina?
Dalam buku klasik The Book of Rites, haiwan ini disenaraikan sebagai salah satu daripada empat makhluk pintar bersama phoenix, naga, dan kura-kura, dan sering dirujuk sebagai Empat Binatang Bertuah. Setiap makhluk ini melambangkan kebaikan berbeza yang penting untuk kewujudan bersama yang berjaya dan harmoni.
Qilin, atau ada yang menyebutnya sebagai unikorn Cina, ialah makhluk mitos yang digambarkan sebagai bertanduk satu, dan adakalanya dengan dua tanduk. Makhluk ini dikatakan mempunyai badan rusa, ekor lembu dan kuku kuda. Dalam budaya Cina, qilin dianggap tulen dan baik hati.
Ia adalah petanda bertuah yang jarang dilihat, dan qilin melambangkan kebajikan, kehebatan masa depan, serta kepimpinan yang adil. Sebagai salah satu daripada Empat Binatang Bertuah – bersama naga, burung phoenix dan kura-kura – qilin juga berperanan dalam kemakmuran dan umur panjang serta mempunyai status syurgawi.
Melalui teks Cina kuno, makhluk yang dihormati ini dianggap sebagai tanda nasib baik dan penunjuk seorang pemerintah yang berbudi. Perkaitannya dengan ahli falsafah Confucius menggariskan kepentingannya sebagai simbol bertuah.
Legenda menggambarkannya sebagai makhluk yang lembut dan mendamaikan. Dalam gambaran Buddha tentang makhluk itu, misalnya, Qilin ditunjukkan berjalan di atas awan, kerana ia enggan membahayakan walaupun sehelai rumput dengan berjalan di atasnya.
Namun, dalam beberapa cerita lain, Qilin juga membakar manusia, dan memiliki pelbagai kuasa ghaib. Kebolehan ini hanya akan berlaku apabila ia diperlukan untuk membela orang yang tidak bersalah daripada orang yang berniat jahat.
Dalam budaya Cina kuno, terdapat banyak legenda tentang hubungan antara qilin dan maharaja. Dipercayai bahawa haiwan itu akan menyampaikan kehendak Syurga dan oleh itu menentukan kebangkitan dan kejatuhan sesebuah dinasti. Dalam budaya rakyat, terdapat pepatah “Qilin membawa anak”.
Rakyat biasa menganggap haiwan itu sebagai makhluk tuhan yang membawa anak kepada mereka. Dikatakan bahawa Confucius juga dibawa oleh seekor Qilin. Haiwan itu juga digunakan untuk menggambarkan orang yang berbakat cemerlang.
Dalam adat resam tradisional Cina, pelbagai perhiasan yang mengandungi imej qilin dibuat dan diberikan kepada kanak-kanak sebagai azimat yang boleh membawa tuah dan perlindungan. Pada hari ini, imej qilin masih boleh dilihat iaitu di kawasan makam di Bandar Qixia, Nanjing.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source