“Mana beg kuning?”- Netizen teruja nak beli baju raya 2025 inspirasi Ultraman
Siapa sangka perkongsian daripada pengguna TikTok dikenali NabiuRahman telah membuatkan netizen teruja nak beli baju raya untuk digayakan sempena Aidilfitri tahun ini.
Mana tidaknya, kesemua model berkenaan telah menggayakan busana baju Melayu dengan padanan warna yang hampir sama dengan pelbagai karakter diinspirasikan daripada superhero Jepun, Ultraman.
Berdasarkan gambar-gambar tersebut, kesemua model tersebut telah menggayakan busana dengan padanan warna seperti merah, hitam, kelabu dan ungu.
Paling best, siap ada corak garisan seperti bentuk suit sebenar serta butang ikonik Ultraman di bahagian dada.
Artikel lain: Syed Saddiq & Bella Astillah sedondon berbaju raya panjat Gunung Kinabalu bersama
Walaupun belum masuk bulan Ramadan lagi, ramai sudah mula membuat persiapan membeli baju raya untuk seisi keluarga.
Perkongsian NabiuRahman di platform TikTok miliknya dilihat ‘laku keras’, baik dalam kalangan kanak-kanak mahu pun dewasa termasuk kaum wanita.
“Baju Raya 2025! Ada yang berani cuba ke?,” tulisnya ringkas.
Netizen teruja nak beli baju raya 2025
Namun sebenarnya, rekaan tersebut hanyalah sekadar hiburan yang mana koleksi pakaian raya bagi lelaki dan wanita berkenaan adalah janaan aplikasi kecerdasan buatan (AI) semata-mata.
Pun begitu, ramai dilihat teruja, malah seloroh bertanya ‘beg kuning’ untuk membuat pembelian.
Pelik-pelik jelah. Tapi kalau betul-betul jual, memang kena beli juga ni! Hehe
Sumber: TikTok nabiu_rahman
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source