Tak Pernah Diajak Buat ‘Dance Challenge’, Jennie BLACKPINK Luah Rasa Risau Menjelang Comeback Solo
Penyanyi terkenal, Jennie BLACKPINK baru-baru ini meluahkan bagaimana perasaan risau dan bimbang menjelang kemunculan album solo terbarunya yang akan dilancarkan dalam masa terdekat.
Menerusi satu temubual di saluran Youtube ‘Ssook Ssook’ yang dimuat naik pada 30 Januari lalu, Jennie atau nama sebenarnya Kim Jennie (29) berkongsi mengenai persiapan album terbarunya berjudul Ruby.
“Saya sudah bekerja keras untuk muzik (album) ini, tetapi dunia telah berubah dengan begitu banyak”
“Zaman sekarang, kalau kita lancarkan lagu sahaja tidak dapat menjamin sama ada orang akan mendengarnya,” kata Jennie.
“Kini banyak content yang muncul di mana-mana sahaja, dan saya rasa bingung tentang apa yang peminat saya suka,” tambah pelantun lagu berjudul Mantra dan Solo itu.
Dalam pada itu, pasukan produksi ‘Ssook Ssook’ turut mencadangkan penyanyi itu untuk melakukan ‘dance challenge’ sebagai salah satu cara mempromosikan lagu terbarunya pada masa akan datang.
Walau bagaimanapun, Jennie menyuarakan fakta yang mengejutkan bahawa beliau sebenarnya tidak pernah melakukan sebarang ‘dance challenge’ bersama penyanyi lain.
“Saya sebenarnya tak pernah buat challenge itu sebab tiada sesiapa pun pernah minta saya untuk lakukannya”
Jennie kemudian dengan perasaan ingin tahu bertanya semula kepada pengacara, bagaimana semua orang dapat bertukar-tukar untuk melakukan trend yang menjadi pilihan majoriti penyanyi bagi mempromosi lagu terbaru.
“Kebanyakan daripada mereka buat dance challenge itu di lorong ruangan menunggu setiap kali berada di rancangan muzik,” jelas Yang Se Chan, pengacara rancangan berkenaan.
Apabila diberitahu bagaimana ‘dance challenge’ itu terjadi di antara kumpulan K-Pop, Jennie ketawa dan menjawab,
“Setiap kali saya pergi di ruangan menunggu, tiada sesiapa di lorong. Mungkin saya datang waktu orang tak ada kat sana? Saya harap akan ada seseorang yang akan minta saya buat dance challenge bersama-sama, tetapi setakat ini tak ada sesiapa yang ajak lagi,” ujar Jennie sambil meluahkan perasaannya yang ibarat dipinggirkan.
Sementara itu, Jennie mengungkapkan bahawa album ‘Ruby’ telah pun disiapkan selama setahun dan ianya akan dilancarkan pada 7 Mac ini. Dalam perkembangan terkini, rapper BLACKPINK itu juga baru sahaja menjadi bualan peminat apabila muncul dengan single terbaru ‘Love Hangover’ yang rasmi dimuat naik di seluruh penstriman muzik pada 31 Januari lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kali ini, remaja bersama dua anggota STAYC, Seeun dan J, yang baru sahaja melancarkan single digital khas mereka, “Over U, Goodbye” 🎶🌟 So, apa tunggu lagi? Bersempena dengan vibe tahun baru, REMAJA ajak STAYC untuk buat 2025 prediction yang pasti akan buat korang teruja! 🌟ℹ️ STAYC adalah girlgroup Korea Selatan yang terkenal dengan konsep fresh dan energetic! Di bawah naungan High Up Entertainment, STAYC terdiri daripada 6 ahli yang menawan: Sumin, Sieun, Isa, Seeun, Yoon dan J. Kumpulan ini terkenal dengan lagu-lagu catchy seperti “So Bad”, “ASAP”, “Stereotype”, dan “RUN2U”.
P/S: Siapa bias korang? Drop komen dan kongsi apa expectation korang untuk tahun ni! 🔥
#majalahremaja #remaja #remajamalaysia” />
The post Tak Pernah Diajak Buat ‘Dance Challenge’, Jennie BLACKPINK Luah Rasa Risau Menjelang Comeback Solo appeared first on Remaja.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source