Azar Azmi belum kahwin, dah resign jadi artis & mahu fokus bisnes
Pelakon yang sudah lama menghilangkan diri, Azar Azmi belum kahwin seperti mana tular dakwaan dan pelbagai tanda tanya dalam kalangan peminat mengenai selebriti berkenaan sejak kebelakangan ini.
Terbaharu, seorang individu dipercayai anak saudara kepada pemilik nama Siti Azar Ameerah Azmi telah memuat naik fotonya bersama aktres tersebut di platform TikTok.
Perkongsian itu secara tidak langsung telah mencuri perhatian warganet yang rata-ratanya merindui akan lakonan hebat aktres berusia 35 tahun.
“Dia mak cik saya yang paling ting tong,”tulis pengguna TikTok dikenali ri3120.412.
Artikel lain: Lama hilangkan diri, peminat lepas rindu tengok Azar Azmi cantik berhijab
Azar Azmi belum kahwin
Menurut individu tersebut, Azar tidak mahu lagi bergelar seorang aktres, sebaliknya mahu menumpukan perhatian terhadap dunia perniagaan.
“Dia ada je, tapi dia dah resign jadi aktres.
“Dia nak fokus bisnes sahaja sebab setakat ini keluarga pun tak tahu dia buat apa kerana kehidupannya sangat privasi. Tetapi dia baik-baik sahaja.
“Dalam keluarga dia yang paling ‘masuk air’ dan paling extrovert. Tapi insyaAllah suatu hari bila dia sudah betul-betul pulih, dia akan buat kenyataan tentang mengapa dia sudah tak mahu berlakon.
“Kadang-kadang masa raya atau kenduri kahwin je dia muncul,”jawabnya kepada beberapa warganet yang tidak henti meninggalkan soalan mengenai perkembangan semasa aktres berbakat besar.
Individu berkenaan turut menafikan dakwaan mengatakan aktres berkenaan sudah mendirikan rumah tangga sekaligus menepis spekulasi yang hangat diperkataan sebelum ini.
“Dia belum berkahwin. Semua itu dusta, netizen ini ada-ada je,”jawabnya.
Terdahulu, kehilangan Azar sejak Mei tahun 2022 mencetuskan tanda tanya termasuk rakan selebriti yang mendakwa turut gagal menjejaki atau menghubunginya.
Terdapat kenalan industri mendakwa Azar dikhabarkan mengurungkan diri di rumah sehingga kelibatnya tidak kelihatan di mana-mana acara hiburan.
Sumber: TikTok tri3120.412
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source