Catapult: Kereta Kebal Kuno Yang Ampuh Dalam Tamadun Rom!
Tamadun Rom ialah salah satu tamadun yang gah kerana perluasan kuasa ke wilayah-wilayah lain melalui kekuatan anggota dan teknologi ketenteraan. Rom banyak membina senjata bergerak bagi tunjukkan kuasanya, seperti catapult!
Catapult atau majanik ialah pelontar bergerak yang tidak menggunakan serbuk api dan hanya gunakan sistem melontar apa-apa jenis peluru. Boleh katakan, catapult dianggap sebagai kereta kebal kuno.
Catapult pertama kali direkacipta pada abad ke-4 SM oleh para jurutera Yunani Kuno. Catapult terawal dicipta gunakan kayu, tanduk, dan sendi haiwan yang dikeringkan (biasa jadikan sebagai pengikat). Rupa bentuk catapult pula berbentuk busur bersaiz besar.
Peluru boleh dilancarkan dari catapult Yunani ini dengan sejauh 100 meter, membolehkan peluru dapat hancurkan perisai tentera musuh, tapi tak cukup hancurkan dinding kubu.
Semasa Raja Philip II (ayahanda Alexander The Great) memerintah Kerajaan Macedonia, baginda arahkan para jurutera meningkatkan daya lontaran catapult dengan memasukkan sistem kilasan, dengan memusingkan pengikat sebelum melontar.
Setelah tamadun Yunani Kuno dihancurkan oleh kuasa tamadun Rom, mereka mengambil ilmu mencipta catapult dan menghasilkan bermacam jenis catapult. Antaranya ialah catapult bersaiz kecil bernama ‘cheiroballistra’ dikhaskan untuk menyerang tentera infantri musuh.
Rom juga meningkatkan kekuatan serangan peluru dengan mencipta satu lagi jenis catapult, iaitu onager. Onager sesuai untuk melontar peluru bersaiz besar seperti batu dengan beratnya sehingga 160 kilogram (kg)!
Kekuatan onager sebegitu sangat sesuai sebagai penghancur dinding kubu musuh. Walaupun begitu, onager perlu diurus oleh sekurang-kurangnya lapan anggota tentera dan mempunyai peratus ketepatan sasaran yang rendah.
Banyak lagi sebenarnya senjata kuno Rom selain catapult seperti scorpion iaitu pelontar panah bersaiz besar dan kayu pelantak (battering ram) yang dikhaskan untuk menghentam dinding kubu gunakan kayu balak.
Namun, catapult tetap dianggap sebagai senjata bergerak utama yang memandu kejayaan tamadun Rom menguasai wilayah seluruh Eropah!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source