Lin Siniang: Wanita Yang Menubuhkan Unit Tempurnya Sendiri!
Wanita ini lahir pada sekitar 1629, ketika Dinasti Ming sedang bergelut dengan beberapa siri peperangan dengan Mongolia, Korea dan Jepun. Namun, tiada siapa sangka, wanita ini jugalah yang menubuhkan unit tempurnya sendiri dalam misi menyelamatkan bakal maharaja!
Dinasti Ming ketika era 1600-an ini mengalami zaman yang genting kerana siri peperangan berterusan. Malah, perbendaharaan negara turut susut akibat perang yang tidak berkesudahan.
Dalam kekalutan ini, seorang gadis telah dilahirkan dalam sebuah keluarga tentera. Keluarga Lin adalah daripada kelas tentera yang miskin. Walaupun kemampuan mereka tidak seberapa, bapanya berusaha sedaya upaya untuk memberikan didikan ketenteraan yang sewajarnya kepada anak perempuannya.
Lin belajar seni mempertahankan diri, serta teknik dalam penggunaan pedang dan lembing. Lin sangat mahir pada usia enam tahun, malah, orang di kampung itu terpegun dengan kemahirannya.
Legenda kemahirannya tersebar di mana-mana. Namun, kerana usianya yang masih muda, segelintir orang di luar kampungnya kurang percaya akan bakat yang dimilikinya.
Suatu hari, semasa berlatih seni mempertahankan diri di tepi sungai, Lin telah menarik perhatian Zhu Changshu, raja Qingzhou, iaitu sekitar wilayah Shandong moden di timur China. Raja Zhu jatuh cinta dengan Lin dan mengagumi kemahiran bermain senjatanya.
Baginda telah menugaskan Lin untuk mengajar seni mempertahankan diri kepada gundik-gundik diraja. Lin akhirnya mengambil wanita-wanita itu dan membentuk pasukan khas tentera yang terdiri daripada gundik.
Apabila kemarau dan kebuluran mengancam mata pencarian penduduk di Shanxi dan Shaanxi di utara dan barat laut China, mereka menawan Raja Zhu. Lin mengetuai pasukan tenteranya dalam misi menyelamatkan Raja Zhu.
Legenda menceritakan tentang Lin sebagai wanita terakhir yang berdiri dalam pasukannya, dengan berani mengalahkan musuh sebelum tumbang dan terkorban. Serangan yang dilakukan oleh pasukan Lin memberi cukup masa kepada tentera diraja untuk mengatur tindakan mereka.
Disebabkan pengorbanan gadis muda ini, tentera diraja dengan pantas mengatur dan mengalahkan para pemberontak serta menyelamatkan Raja Zhu. Setelah dibebaskan, Raja Zhu memerintahkan agar Lin dan seluruh tenteranya menerima upacara pengebumian yang terhormat untuk memperingati mereka.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source