Penunggang motor gelabah lari dari polis, buat ‘u-turn’ tersangkut ranting pula
Seorang penunggang motor gelabah lari dari polis telah membuat pusingan U sehingga terlanggar ranting yang jatuh di bahu jalan.
Lebih membuatkannya bernasib malang apabila motosikal tersebut tersangkut ranting dan dia seolah-olah terperangkap sehingga tidak dapat bergerak untuk melarikan diri.
Penunggang motor gelabah, ‘terperangkap’ dalam ranting
Perkongsian yang dibuat oleh pengguna TikTok dikenali sebagai tic.olivia itu mengundang gelak tawa ramai melihat gelagat penunggang motosikal berkenaan yang panik sewaktu dikejar kereta peronda polis.
Penunggang motosikal yang dipercayai seorang lelaki itu turut terjatuh sewaktu bersungguh-sungguh mahu melepaskan diri dari ranting yang menghalangnya sebelum terus beredar meninggalkan kenderaan roda dua itu.
Penunggang motor gelabah dikejar polis
Dapat dilihat pihak polis yang mengejar individu berkenaan keluar dari kereta dan mengejarnya yang memasuki semak di bahu jalan.
Artikel lain: Penunggang motosikal hilang kepala, terlibat dalam kemalangan di Highway Senai
Berulang kali tengok berdekah ea
Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada netizen di media sosial apabila rata-rata terhibur dengan gelagat berkenaan.
Walaupun tertanya-tanya punca dia dikejar pihak polis, namun mereka berseloroh mengatakan bersimpati dengan nasib dihadapi oleh lelaki itu kerana bersungguh-sungguh cuba melarikan diri namun niatnya terhalang hanya kerana ranting.
Kalau pakai helmet tapi lari, mesti ada buat salah ni
Mesti polis gelak sebelum turun kejar tu
Jahat apalah brader tu sampai alam pun tak membantu
Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan ataupun penjelasan tentang kejadian tersebut kerana tiada sebarang keterangan berkaitan video terbabit.
Sumber: TikTok tic.olivia
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source