Nampak kacak! Sharifah Rose idam lelaki aktif bersukan, tak mahu bertubuh sasa
Aktres jelita, Sharifah Rose idam lelaki aktif bersukan dan menjalani kehidupan yang sihat ketika ditanya mengenai ciri-ciri idamannya.
Pemilik nama Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira berkata, jika ada mana-mana lelaki mahu mendampingi dirinya, seseorang itu haruslah aktif bersukan.
Menurut aktres berusia 27 tahun itu, lelaki yang aktif bersukan ternyata nampak kacak sekiranya dilihat dari jauh.
“Betul saya sukakan lelaki yang aktif dalam sukan. Lelaki yang bersukan ini mempunyai tubuh yang fit. Barulah nampak handsome kalau tengok dari jauh.
“Tak mahulah lelaki yang tak jaga badan, nanti perut dia boroi macam mana? Kita mengandung, dia pun ‘mengandung’ juga,” katanya.
Artikel lain: Bukan orang seni atau kaki club, antara ciri lelaki idaman Bella Astillah
Sharifah Rose idam lelaki aktif bersukan
Pun begitu, anak sulung daripada dua beradik ini akan cuba mengelak daripada lelaki bertubuh sasa yang disifatkan panas baran bagi dirinya.
“Biasanya lelaki yang bertubuh sasa ini mesti panas baran. Saya pula sejenis yang lemah lembut. Nanti siapa pula nak pujuk saya,” katanya berseloroh.
Tambah Sharifah Rose, dia juga sangat menitikberatkan soal adab dan tata susila dalam soal menetapkan kriteria lelaki idaman hati.
“Saya suka lelaki yang bertanggungjawab rajin dan bekerja keras. Dia mestilah seorang yang lemah lembut dan menghormati orang tua. ‘Family man’ lah orang kata,” ujar Sharifah Rose.
Terdahulu, Sharifah Rose kerap menjadi perhatian ramai selepas dilihat sering keluar dan berkongsi momen di media sosial bersama aktor Ezzrin Loy.
Bagaimanapun, Ezzrin atau nama sebenarnya, Ahmad Ezzrin Loy Ahmad Sabri memberitahu mereka belum mempunyai perancangan untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius dalam masa terdekat.
Sumber: Kosmo! Online (Helmi Anuar)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source