Kuil Karnak: Satu-Satunya Kompleks Kuil Yang Paling Megah Dalam Tamadun Mesir Purba!
![Kuil Karnak: Satu-Satunya Kompleks Kuil Yang Paling Megah Dalam Tamadun Mesir Purba! Kuil Karnak: Satu-Satunya Kompleks Kuil Yang Paling Megah Dalam Tamadun Mesir Purba!](https://i0.wp.com/thepatriots.asia/wp-content/uploads/Karnak.jpg)
Cerita tentang kuil tamadun Mesir Purba, begitu banyak kuil-kuil dibina dan dikhaskan untuk menyembah dewa atau dewi mengikut peranannya, supaya rakyat Mesir sentiasa makmur dan mendapat keberkatan dari dewa-dewi mereka!
Kepercayaan kuat terhadap dewa-dewi Mesir inilah kerajaan banyak membina bermacam-macam kuil sembahan. Tapi, ada satu kuil yang bukan sekadar tempat ibadah, malah dianggap seperti ‘Vatican City’ versi Mesir! Kuil yang dimaksudkan itu ialah Karnak.
Karnak ialah kompleks kuil yang dibina di kota Thebes, kawasan timur Sungai Nil. Nama Karnak dalam bahasa Mesir Purba ialah ‘tempat yang dipilih’ dan dikatakan kompleks ini telah dibina seawal 4,000 tahun lalu!
Pembinaan Karnak bermula pada zaman Kerajaan Tengah( 2055-1650 SM) sehingga zaman Kerajaan Baru (1539-1075 SM). Pada awalnya, Karnak hanya kuil biasa saja tapi sejak Thebes menjadi ibu kota bagi kedua-dua zaman tersebut, Karnak juga menjadi kuil terpenting bagi masyarakat sana.
Kuil utama dalam kompleks kuil Karnak ialah kuil menyembah dewa Amon-Ra (dewa matahari). Tapi, terdapat juga beberapa kuil lain dibina seperti kuil Ptah (dewa pencipta), Khons (dewa bulan), Mut (dewi langit), dan Montu (dewa perang). Tambahan lagi, terdapat banyak rumah khas untuk komuniti paderi.
Karnak boleh dihubungkan dengan kuil Luxor yang terletak di 2.7 kilometer (km) ke selatan dengan jalan lurus yang dihiasi patung Sphinx bernama ‘Avenue of the Sphinxes’.
Pengkaji tamadun Mesir Purba percaya jalan tersebut penting untuk melaksanakan ritual keagamaan masyarakat Mesir seperti ritual perkahwinan dewa Amun dengan dewi Mut yang membawa pasangan ini bersama anak bernama Khonsu pergi ke kuil Luxor.
Selain terkenal sebagai kompleks kuil, seni binaan Karnak juga memukau mata para pelancong apabila melihat sendiri peninggalan kuil Karnak ini. Terdapat satu tiang yang dipanggil sebagai ‘Hatshepsut Obelisk’ yang merupakan batu granit merah yang diukir.
Hatshepsut Obelisk ialah obelisk tertinggi dalam Karnak dengan setinggi 30 meter. Ia dibina dalam tempoh tujuh bulan saja. Tujuan pembinaan obelisk ini ialah sebagai simbol kewujudan firaun wanita yang terkenal dengan kempen pelayaran ke tanah Punt, bernama Hatshepsut.
Satu lagi binaan memukau dalam Karnak ialah dewa besar bernama Hypostyle Hall. Dewan seluas 5,000 meter persegi ini dibina pada zaman pemerintahan firaun berdarah Ramesses. Terdapat arca pasir sebanyak 134 buah dan setiap arca setinggi 10 meter.
Dengan keluasan dewan ini, pengkaji percaya inilah ruang keagamaan dalam kuil paling luas berbanding tempat ibadah lain. Pengkaji juga percaya projek pembinaan Hypostyle Hall ditaja oleh firaun bernama Seti I (1290-1279 SM) dan Ramses II (1279-1213 SM).
Binaan seterusnya yang mempunyai sejarah tersendiri juga ialah kuil Akhenaten, iaitu kuil milik Firaun Akhenaten (1353–1336 SM) yang pernah mengubah sistem kepercayaan masyarakat Mesir, dari politeisme ke menyembah dewa tunggal bernama Aton.
Maka, tidak hairanlah jika pengkaji memanggil Karnak sebagai ‘Vatican City’ versi Mesir. Bukan sekadar sebagai pusat utama penyembahan dewa-dewi, malah mempunyai seni binaan yang sangat unik dan masih terpelihara walaupun kerajaan bersilih ganti!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source