Geng Mamak: Rompakan Emas Terbesar Negara Semasa Hari Kebangsaan 1994
Ketika seluruh rakyat Malaysia menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos 1994, satu berita rompakan paling besar dalam sejarah mengejutkan seluruh negara.
‘Geng Mamak’ meminimakan kekerasan, tak pernah menembak, membunuh dan sekadar penyamaran serta pujukan berjaya melarikan jongkong emas dari AS bernilai RM12 juta dari kompleks kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Subang (LTAS).
Kisah rompakan ni bermula ketika semua pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sibuk uruskan persiapan keselamatan sambutan Hari Kebangsaan kali ke-37.
Tapi, persiapan polis terganggu di sekitar jam 5 pagi apabila mereka dilaporkan bahawa kawasan kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang telah dirompak. Jongkong emas bernilai lebih daripada RM12 juta telah hilang!
Pihak polis terus bergegas ke tempat kejadian. Salah seorang daripada pengawal yang diikat maklumkan rompakan tersebut dilakukan oleh pihak polis.
Pihak polis terus memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di gudang kargo berkenaan.
Menerusi rakaman CCTV, sekumpulan penjenayah ni kelihatan seperti polis kerana mereka berpakaian seragam pihak berkuasa.
Namun, pergerakan tangan dan badan mereka berjaya membuktikan bahawa mereka semua hanyalah penyamar.
Kesemua mereka ni dipercayai dah merancang strategi rompakan dengan teliti. Rompakan hanya berlangsung selama 20 minit. Bahkan, tarikh yang dipilih sangatlah sesuai memandangkan ramai kakitangan gudang tersebut mengambil cuti sempena Hari Kebangsaan.
Pihak polis rasa jenayah licik sebegini sudah pastinya dilakukan oleh geng penjenayah antarabangsa.
Seluruh media tak henti buat liputan mengenai kes ni, bukannya tentang sambutan kemerdekaan. Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohammad mempersoalkan tahap tanggungjawab sampaikan beliau dakwa kalau jongkong emas boleh hilang daripada lapangan terbang, tak mustahil kapal terbang pun boleh hilang.
Pasukan khas polis diketuai Azizan Anan dan Amidon Anan. Namun, mereka masih tak berjaya cari bukti yang cukup dan kenalpasti kesemua suspek. Mereka masih rasakan sindiket rompakan tersebut dilakukan oleh penjenayah antarabangsa.
Mereka ubah haluan siasatan dan mengkaji semula kes rompakan yang dilakukan di Malaysia oleh kumpulan tempatan dan mendapati ada kumpulan yang menggunakan Modus Operandi hampir sama dalam rompakan.
Disebabkan wajah mereka yang seakan-akan mamak, pihak polis menggelarkan mereka sebagai Geng Mamak.
Dalam masa 11 tahun iaitu dari 1995 hingga 2006 PDRM memburu Geng Mamak, akhirnya kesemua 14 ahli kumpulan mereka telah berjaya diberkas.
Tapi sepanjang tahun 1995 hingga 2006 itu juga, pihak polis gagal temui jongkong emas yang dirompak tu. Kes ini dibawa ke Makahmah Seksyen Petaling Jaya.
Bukti pihak pendakwa sangat lemah. Memang secara kebetulan, pihak berkuasa ada masalah ketika perbicaraan apabila tiadanya kesan cap jari tertuduh di tempat jenayah dan pekerja-pekerja gudang tersebut pula tak dapat kenalpasti semua muka penjenayah.
Namun, salah sorang ahli geng bersetuju ceritakan segala jenayah yang mereka lakukan dan menjadikannya sebagai saksi utama dalam kes.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Hal ini membawa kepada penangkapan kepala kumpulan tersebut, Sharif Abu Bakar. Mengenai jongkong emas yang dirompak, kesemua emas-emas dipercayai dah dileburkan sebelum ianya dijual semula.
Tak lama kemudian, saksi utama hilang secara misteri dan sampai ke hari ini tidak dapat dikesan. Disebabkan hal ini juga, pihak mahkamah terpaksa bebaskan kesemua mereka kerana pihak pendakwa dan polis gagal bawa saksi baru ke mahkamah.
Sehingga kini masih tiada sesiapa yang disabitkan bersalah di atas jenayah rompakan emas paling besar di Malaysia ini.
Oleh: Azizul Farhan
___
Tertarik nak baca novel bertemakan rompakan ala-ala Robin Hood versi Melayu? Baca je novel Sabotaj. Confirm korang akan terkejut. Boleh klik dekat https://bit.ly/SabotajMahakarya
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source