12 Cara Fahami dan Baca Geran Hakmilik Rumah
1. Jenis Hakmilik
Jenis hakmilik yang dipaparkan adalah hakmilik tetap dan pegangan selamanya. Bacaan lanjut rujuk huraian di atas.
2. Nombor Hakmilik
Nombor hakmilik ini merujuk kepada nombor hakmilik tetap.
3. Lokasi Tanah
Kebiasaannya lokasi dibahagikan kepada Negeri, Daerah dan Bandar/Pekan/Mukim. Ada sebahagian tanah, semasa hakmilik sementara ia gunakan Mukim, tetapi apabila bertukar kepada hakmilik tetap dah menjadi Bandar.
4. Nombor Lot
Nombor spesifik bagi tanah yang dinyatakan dalam hakmilik. Nombor hakmilik, lokasi dan nombor lot adalah penting sekiranya untuk membuat urusan carian ‘land search’ di Pejabat Tanah Galian atau Pejabat Tanah Daerah.
5. Saiz Tanah
Saiz tanah kebiasaannya akan ditentukan dalam ukuran meter persegi (sqm) khususnya bagi tanah bangunan.
6. Kategori Kegunaan Tanah
Kategori kegunaan tanah hanya ada 3 jenis. iaitu pertanian, bangunan dan perusahaan/perindustrian. Sekiranya tanah lot kediaman ia termasuk dalam kategori bangunan.
7. Keterangan Lain
Berdasarkan hakmilik contoh di atas, keterangan yang dinyatakan ialah berkaitan pegangan iaitu selamanya ‘Freehold’. Ada sesetengah harta tanah dinyatakan secara ringkas ‘Geran untuk selama-lamanya’.
Sekiranya pegangan 99 tahun atau pajakan. Ia turut dinyatakan pada ruangan ini. So, ada 2 tempat anda boleh rujuk sama ada freehold atau leasehold, pertama pada nama hakmilik di atas ‘Pajakan Negeri, Pajakan Mukim, Geran, Geran Mukim’ dan kedua di bahagian keterangan.
8. Syarat Nyata
Syarat Nyata (Express Condition) iaitu suatu arahan atau larangan yang dikenakan dan dinyatakan dalam hakmilik ke atas sesuatu tanah yang diberimilik bagi maksud mengawal penggunaannya. Iaitu yang dinyatakan secara jelas pada hakmilik. Contoh berdasarkan hakmilik di atas ‘Tanah ini hendaklah digunakan untuk bangunan kediaman sahaja’
Syarat Tak Nyata / Syarat Tetap (Implied Condition) ia sama juga dengan Syarat Nyata iaitu bersifat arahan atau larangan cuma ia tidak dinyatakan pada hakmilik. Kalau cari syarat ini memang tak jumpa pada 3 mukasurat hakmilik.
So, macam mana nak tahu tentang syarat ini? Syarat Tak Nyata boleh dirujuk pada Kanun Tanah Negara (KTN). Ia dipanggil tetap sebab tidak boleh diubah atau dimansuh kecuali meminda undang-undang
9. Sekatan Kepentingan
Merupakan balasan atau sekatan ke atas hak-hak tuan tanah bagi maksud mengawal kepentingan tanah tersebut.
Ia bermaksud Pihak Berkuasa Negeri (PBN) ‘State Authority’ mempunyai kuasa untuk mengawal harta tanah. Bak kata orang kampung saya, Land is a State Matter.
Dalam hakmilik contoh di atas, tanah tersebut tidak mempunyai sekatan. Apa contoh sekatan lain?
Contohnya “Tanah yang terkandung di dalam hakmilik ini adalah untuk Bumiputera sahaja dan tidak boleh dijual, dipajak atau dipindahmilik dengan apa cara sekalipun kepada bukan Bumiputera tanpa persetujuan Pihak Berkuasa Negeri”
Ayat di atas bermaksud tanah tersebut adalah Lot Bumiputera. Nak jual kepada Bukan Bumiputera agak susah sebab perlu mendapat kebenaran ‘consent’. Kebiasaannya permohonan pertama ditolak dan perlu membuat permohonan kali kedua atau ketiga. Bergantung kepada situasi penjual.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link