Infotainment

Huawei Memfailkan Paten Untuk Kenal-Pasti Risiko Jangkitan Paru-Paru Menggunakan Penilaian SpO2

Huawei ParuParu

rumahkabin black

Huawei merupakan antara syarikat teknologi yang membelanjakan sejumlah wang besar dalam kajian dan penyelidikkan. Terbaru, melalui pemfailan paten, kini Huawei dilihat menemui kaedah untuk mengenal-pasti jangkitan paru-paru melalui penilaian tahap oksigen pada darah menggunakan teknologi SpO2.

Untuk tujuan ini, dua peranti digunakan, dimana peranti pertama melakukan penilaian dan menghantar informasi ke peranti elektronik kedua – dimana ia seterusnya ia melakukan penilaian tambahan termasuk berasaskan informasi audio, serta informasi tambahan yang dikumpul daripada seseorang pengguna.

Antara data yang turut dihimpunkan kedua-dua peranti ini adalah kadar ketumpatan oksigen dalam darah, kadar pernafasan, suhu badan, kadar denyutan nadi, dan sebagainya.

Huawei ParuParu

Dengan mengenal-pasti awal sesuatu jangkitan atau risiko jangkitan, ia akan memudahkan pesakit tersebut sembuh lebih awal daripada menjadi lebih parah.

Buat masa ini, ia sekadar pemfailan paten sahaja, dan tidak diketahui lagi bilakah peranti dengan sokongan seumpamanya akan hadir ke pasaran.

Sumber : CNMO

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link

See also  Belasungkawa: Pengerusi FDAM, Mat London Hembuskan Nafas Terakhir Akibat Jangkitan Kuman Pada Usia 74 Tahun