Hartanah

Wanita upah polis bunuh isteri baharu bekas suami, anak tiri

upah bunuh

rumahkabin black

HARRISBURG, PENNSYLVANIA – Seorang wanita di negeri Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS) didakwa di mahkamah selepas mengupah seorang pegawai polis untuk membunuh isteri baharu bekas suaminya tanpa disedari, lapor akhbar Daily Star semalam.

Marilyn Zhou, 56, cuba membunuh isteri baharu bekas suaminya dan anak wanita tersebut yang berusia 13 tahun.

Apabila Zhou tiba di Trenton, New Jersey untuk berbincang dengan ‘pembunuh upahan’ itu, lelaki tersebut ternyata ialah seorang pegawai polis. 

Polis sebelum itu telah menerima maklumat mengenai niat membunuh Zhou yang mendorong kes itu disiasat oleh unit siasatan khas pejabat pendakwa raya Daerah Mercer.

Semasa pertemuan pada 18 Disember lalu, Zhou menyerahkan wang sebanyak AS$21,000 (RM92,505) kepada pembunuh upahan itu dan berjanji akan melunaskan baki bayaran berjumlah AS$20,000 (RM88,100) sebaik sahaja sasaran (isteri baharu) meninggal dunia.

Zhou turut menyerahkan gambar isteri bekas suaminya dan anak perempuan wanita berkenaan di samping sarung tangan getah pakai buang dan tuala untuk digunakan semasa pembunuhan.

Polis yang menggeledah rumah Zhou di Chadds Ford, Pennsylvania menemui baki wang bayaran yang disediakan.

“Zhou juga memberitahu pegawai yang menyamar bahawa jika anak perempuan mangsa berusia 13 tahun hadir pada masa pembunuhan itu, dia juga harus dibunuh,” kata pejabat pendakwa.

Zhou kini ditahan dan menunggu perbicaraan seterusnya. – Agensi

!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link

See also  "Sakit Terus Hilang Sebab Happy" Detik Manis Lahirkan Anak Pertama, Nurul Wahab Imbas Momen Di Labour Room!