Hartanah

2023 tahun mencabar buat PKS

pks on9 scaled

rumahkabin black

PETALING JAYA – Tahun 2023 menjanjikan tempoh mencabar buat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan kerana mereka bakal berdepan dengan isu berkaitan rantaian bekalan yang berlarutan, kekurangan tenaga mahir dan gangguan digital kepada operasi yang akan memberi impak kepada perniagaan.

Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta), Datuk William Ng berkata, bagaimanapun, pihak­nya melihat terdapat sedikit ke­legaan dari segi rantaian bekalan, terutamanya dengan pembukaan semula sempadan China yang dijadualkan pada 8 Januari ini serta penyederhanaan bekalan terpendam akibat penutupan sempadan dan sektor ekonomi.

“Pun begitu, kami menjangkakan gangguan kepada rantai bekalan akan berterusan hingga penghujung 2023.

“Ini bermakna kos bahan mentah akan terus berada pada tahap agak tinggi berbanding sebelum ini.

kilang FMM 1024x683
Gambar hiasan

“Selain itu, PKS juga akan menghadapi kekurangan tenaga kerja mahir bukan sahaja melibatkan buruh asing tetapi juga dalam kalangan tenaga kerja tempatan.

“Kedua-dua faktor ini, iaitu kos bahan mentah yang tinggi akibat gangguan bekalan dan kekura­ngan pekerja akan terus menyekat kebolehan PKS untuk kembali pulih ke tahap prapandemik pada 2019 atau berkemam­puan untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka,” katanya ketika dihubungi semalam.

Pada masa sama, William menegaskan, usahawan PKS tidak seharusnya mudah berputus asa meskipun berdepan situasi sukar ketika ini yang disifatkannya sebagai satu fasa peralihan yang diharapkan beransur bertambah baik menjelang akhir tahun ini.

“Buat masa ini, penting untuk PKS melaksanakan pembaikan pro­ses operasi, pendigitalan dan mengautomasikan perniagaan mereka bagi mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja, seterusnya mengurangkan kos perniagaan,” ujar beliau. -KOSMO! ONLINE

!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin

See also  Ada Kelas Tersendiri! OPPO Reno 10 Pro+ Beri Pengalaman Kamera Serba Canggih, Maksimum Buat Pengguna
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link